Harian Metro

Seorang diselamat, yang lain?

-

Mataram, Indonesia: Selipar berselerak di depan pintu masjid di Lombok Utara yang ranap akibat gempa bumi, menjadi petunjuk dalam usaha menyelamat selepas seorang lelaki berjaya ditarik keluar daripada runtuhan.

Menurut AFP, jumlah jemaah yang berada di Masjid Jabal Nur di perkampung­an Lading-Lading itu tidak diketahui apabila gempa 6.9 magnitud melanda ketika jemaah bersolat Isyak.

Tribun News melaporkan, melalui Twitter, Ketua Bahagian Penerangan Agensi Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho @Sutopo_PN menyiarkan rakaman video lelaki yang berjaya dibawa keluar dari bawah runtuhan masjid berkenaan.

Sebaik diselamatk­an, lelaki itu mengucapka­n syukur sambil menangis dan berkata: “La ila ha illallah.”

Dalam video itu, Sutopo berkata, pihaknya berharap lebih ramai mangsa berjaya diselamatk­an.

Menurut penduduk, dinding dan menara masjid runtuh. Ada jemaah sempat keluar sebelum bumbung runtuh, namun dipercayai ramai terperangk­ap di bawah runtuhan.

“Kami menunaikan solat ketika gegaran kuat berlaku. Saya segera menarik cucu berusia tiga tahun dan bersama-sama orang lain bergegas menyelamat­kan diri,” kata seorang jemaah yang dikenali sebagai Tara.

Menurut seorang lagi mangsa, Kelana, 53, kira-kira 50 jemaah berada di dalam masjid ketika gempa melanda.

“Imam melarikan diri, diikuti yang lain,” katanya.

Pasukan penyelamat terdiri daripada polis, tentera dan sukarelawa­n berusaha keras mengalihka­n runtuhan.

Namun, menurut AFP, anggota penyelamat juga menemui tiga mayat mangsa ketika mengalihka­n runtuhan menggunaka­n jentera pemecah batu dan pengorek.

Reuters melaporkan hanya beberapa bangunan masih berdiri di bandar Kayangan, antara yang teruk terjejas, dengan penduduk memberitah­u, sehingga 40 orang terbunuh.

Kira-kira 75 peratus kawasan utara Lombok terputus bekalan elektrik sejak Ahad lalu, dan masih ada kawasan yang tidak dapat dimasuki kerana jambatan serta jalan raya runtuh.

 ??  ?? MANGSA yang berjaya dibawa keluar dari bawah runtuhan masjid.
MANGSA yang berjaya dibawa keluar dari bawah runtuhan masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia