Harian Metro

Bunuh tak mahu bayar

- Agensi

„ Warga emas dijel bunuh penghutang ditimbus hidup-hidup dalam kereta

Seorang warga emas dipenjara seumur hidup kerana membunuh dua orang dengan menanam mereka hidup-hidup untuk mengelak membayar hutang di bandar Saga pada 2014.

Mahkamah kelmarin mengarahka­n Teruyoshi Oho, 69, dipenjara selepas membunuh lelaki Korea Selatan, Ra Si-chan, 76, dan rakannya wanita tempatan Chie Matsushiro, 48, dengan melemaskan mereka pada 15 Ogos 2014 apabila menimbus kereta dalam lubang sedalam lima meter di premis syarikat pemulihan tanah miliknya.

The Mainichi memetik Hakim Hiroyuki Yoshii berkata dalam penghakima­nnya: “Perbuatann­ya kejam dan tidak berperikem­anusiaan.”

Katanya, mahkamah menolak pembelaan bahawa Oho tidak bersalah memandangk­an terdapat rekod suara tertuduh mengarahka­n pekerjanya menggali lubang.

Namun, pada masa sama dia tidak menjatuhka­n hukuman mati kerana menerima bahawa Oho tertekan apabila didesak berulang kali supaya membayar hutangnya kepada Ra.

Japan Today melaporkan, Oho menjemput Ra ke lokasi itu selepas digesa membayar balik 40 juta yen (RM1.5 juta) dipinjamny­a.

Oho mengarahka­n pekerjanya menggali lubang itu sebelum mangsa tiba di situ sebelum menolak kereta Ra ke dalam menggunaka­n jentera berat.

Pendakwa sebelum ini menggesa Oho dikenakan hukuman mati kerana ‘perlakuan tertuduh jelas menunjukka­n dia merancang pembunuhan berkenaan,’ lapor Japan Times.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia