Harian Metro

‘Cuci otak’ hamba seks

-

Jakarta: Bomoh yang menculik seorang wanita di Sulawesi sejak mangsa berusia 13 tahun, menggunaka­n gambar lelaki tampan, kononnya jin yang menyukai mangsa bagi ‘mencuci otak’ wanita berkenaan yang diselamatk­an minggu ini.

Wanita itu, Hasni, 28, ditemui dalam keadaan bingung di celah batu besar di belakang rumah bomoh berkenaan dikenali sebagai Jago, 83, di Kecamatan Galang, Tolitoli, Sulawesi Tengah, minggu ini.

Menurut laporan Tribun News, bomoh berkenaan menunjukka­n gambar lelaki tampan itu sebagai jin bernama Amrin kepada mangsa dan berjanji mempertemu­kan mereka berdua.

Ketua Polis Tolitoli, M Iqbal Alqudusy berkata, mangsa jelas ‘dicuci otak’ untuk dijadikan pemuas nafsu bomoh berkenaan.

Menurutnya, Jago juga memberitah­u Hasni, jin berkenaan memasuki tubuhnya menjadikan dirinya sebagai pengantara dengan wanita itu untuk melakukan hubungan intim dengan mangsa.

Malah, bagi meyakinkan mangsa, bomoh berkenaan menutup mukanya dengan kain kuning ketika memperkosa mangsa.

Menurut polis, bomoh berkenaan mengaku menyembuny­ikan mangsa kerana mahu menjadikan wanita itu sebagai hamba seks.

Bomoh berkenaan juga mengaku sudah beberapa kali merogol mangsa sepanjang 15 tahun itu.

Pada waktu siang, mangsa disembunyi­kan dalam lubang di celah batu besar di belakang rumahnya dan pada waktu malam, Hasni dibawa ke pondok kecil oleh lelaki itu.

Kompas melaporkan, polis merampas beberapa barang bukti termasuk peralatan tidur, papan, bantal, parang serta tengkorak di rumah Jago dan suspek ditahan mengikut Akta Perlindung­an Kanak-kanak.

Hasni gagal dikesan selepas dibawa ibunya bertemu bomoh berkenaan untuk berubat dan apabila ditanya, Jago mendakwa mangsa sudah ke Jakarta mencari pekerjaan.

Pada awal kehilangan mangsa, dia membawa buah tangan kepada bapa wanita itu, kononnya dikirim Hasni dari Jakarta. Beberapa tahun selepas itu, dia memberitah­u terputus hubungan dengan Hasni.

Kakak mangsa iaitu menantu bomoh berkenaan, tahu mengenai jenayah bapa mentuanya, namun seperti isteri Jago, dia mendiamkan diri kerana lelaki berkenaan mengancam membunuh mereka.

Bagaimanap­un, kakak mangsa membongkar jenayah itu kepada keluargany­a minggu ini, selepas bergaduh dengan bomoh berkenaan mengenai perbuatann­ya menahan mangsa.

Menurut M Iqbal, ibu bapa wanita itu menjual dua tanah mereka dengan harga 11 juta rupiah (RM3,102) bagi membiayai usaha mencari anaknya. - Agensi Jakarta: Mahkamah di sini, semalam, mengekalka­n dua artis terkenal Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari, sebagai suspek dalam kes video lucah mereka dengan penyanyi Ariel Noah lapan tahun lalu.

Menurut laporan media Indonesia, mahkamah di Jakarta Selatan menolak permohonan Lembaga Pengawasan dan Pengawalan Undang-Undang Indonesia (LP3HI) untuk menggugurk­an kedua-dua mereka sebagai suspek dengan alasan tiada perkembang­an siasatan.

Menurut laporan Liputan 6, Ketua Majlis Hakim, Florensani Susana, ketika membacakan keputusan berkata: “Permohonan pengecuali­an bagi perkara itu tidak dapat diterima.

“Sehingga saat ini juga, polis belum mengeluark­an surat menghentik­an siasatan dan proses siasatan masih berjalan.”

Detik News melaporkan, wakil LP3HI, Kurniawan Adi Nugroho tidak terkejut dengan keputusan itu, namun mendesak pihak terbabit tidak terlalu zalim memandangk­an status mereka tergantung selama lapan tahun.

 ??  ?? HASNI ditemui di celah batu dalam keadaan bingung. Gambar kecil, Jago. - Agensi
HASNI ditemui di celah batu dalam keadaan bingung. Gambar kecil, Jago. - Agensi
 ??  ?? LUNA Maya dan Cut Tari dikekalkan sebagai suspek. - Agensi
LUNA Maya dan Cut Tari dikekalkan sebagai suspek. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia