Harian Metro

DAREN TERSENARAI

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ BAM umum perseorang­an negara itu ganti Chong Wei ke Sukan Asia berdasarka­n prestasi semasa

Tanggungja­wab besar digalas pemain perseorang­an lelaki profesiona­l negara, Liew Daren apabila disahkan bakal beraksi pada Sukan Asia Jakarta-Palembang bagi menggantik­an tempat Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata keputusan itu dibuat berdasarka­n prestasi semasa yang ditunjukka­n Daren yang menghuni ranking ke-39 dunia apabila berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China yang berakhir, kelmarin.

“Saya ingin memaklumka­n perkembang­an terbaru membabitka­n persiapan skuad badminton ke Sukan Asia yang mana BAM membuat keputusan untuk menyenarai­kan Daren bagi menggantik­an tempat Chong Wei.

“Memandangk­an hari ini

(gambar)

Kuala Lumpur: Skuad badminton negara menerima perkhabara­n gembira menjelang Sukan Asia Indonesia 2018 apabila kecederaan dialami pemain beregu campuran, Goh Liu Ying disahkan tidak serius dan boleh beraksi pada temasya yang berlangsun­g bermula 19 hingga 28 Ogos itu.

Ketua jurulatih beregu campuran, Pang Cheh Chang yang mengesahka­n perkara itu berkata, dia sudah menerima laporan ujian imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) daripada Institut Sukan Negara (ISN) yang memaklumka­n kecederaan Achilles kaki kiri dialami pemain berkenaan tidak serius.

“Saya sudah mendapat (semalam) adalah hari terakhir proses DRM (Mesyuarat Pendaftara­n Delegasi), jadi kita buat pertukaran itu hari ini (semalam). Sepatutnya pertukaran hari ini adalah membabitka­n Cheam June Wei yang sebelum ini diumumkan menggantik­an Chong Wei namun selepas penilaian dibuat semula berdasarka­n prestasi semasa Daren, jadi kami memilih dia untuk mewakili negara.

“Berdasarka­n keputusan ini, Daren akan bermain untuk acara berpasukan dan individu bersama Lee Zii Jia. Mengenai kecederaan dialami Daren ketika Kejohanan Dunia, laporan perubatan mengesahka­n ia tidak serius dan dia boleh bermain,” kata Norza ketika ditemui selepas majlis penajaan kasut rasmi untuk kontinjen negara ke Sukan Asia oleh Bata, semalam.

Ditanya mengenai beregu lelaki muda negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turut dipertimba­ngkan

untuk dibawa ke Jakarta, Norza berkata badan induk itu mengekalka­n gandingan yang sudah disenaraik­an sebelum itu iaitu Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin.

“Kami tidak mahu mengambil risiko kerana Aaron-Wooi Yik ketika ini beraksi pada Terbuka Vietnam dan mereka adalah pilihan pertama. Kami tidak mahu tahap kecergasan mereka terjejas disebabkan beraksi dalam tiga kejohanan berturut-turut (Kejohanan Dunia, Terbuka Vietnam dan Sukan Asia),” kata Norza.

BAM sebelum ini mengakui nama Aaron-Wooi Yik dipertimba­ngkan untuk disenaraik­an ke Sukan

Asia selepas prestasi luar biasa ditunjukka­n pasangan muda negara itu yang melakukan kejutan demi kejutan sebelum terkandas di suku akhir Kejohanan Dunia.

Dalam perkembang­an lain, Norza turut mengesahka­n pemain beregu campuran negara, Goh Liu Ying tetap akan beraksi di Jakarta selepas kecederaan achilles kaki kiri dialaminya disahkan tidak serius oleh Institut Sukan Negara (ISN).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia