Harian Metro

Kecederaan tak serius

-

laporan MRI daripada ISN pagi ini (semalam) dan dalam laporan itu mengatakan ia bukan kecederaan serius. Saya juga sudah maklumkan kepada pengurusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) mengenai perkara ini.

“Cuma, Liu Ying masih tetap perlu menjalani proses pemulihan dan sebab itu kami akan perlahanka­n sedikit sesi latihannya sepanjang minggu ini untuk dia benar-benar pulih. Ini bukan masalah yang besar sehingga dia perlu menarik diri daripada Sukan Asia,” kata Cheh Chang ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, semalam.

Penyertaan Liu Ying ke temasya terbesar Asia itu sebelum ini mencetus tanda-tanya selepas mengalami kecederaan berkenaan ketika dia dan pasanganny­a, Chan Peng Soon beraksi menentang beregu campuran Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam aksi suku akhir Kejohanan Dunia di Nanjing, China, Jumaat lalu.

Sementara itu, Liu Ying jelas lega dengan perkhabara­n itu, namun menegaskan dia perlu lebih berhati-hati agar tidak di belenggu dengan masalah kecederaan lagi, sekali gus menjejaska­n peluang untuk sekurang-kurangnya meraih pingat pada Sukan Asia nanti.

“Dalam tempoh seminggu ini saya perlu menyesuaik­an diri dengan proses pemulihan dan dalam masa tetap meneruskan latihan. Saya fikir, dalam tempoh dua minggu lagi saya boleh bersedia sepenuhnya untuk bermain pada Sukan Asia.

“Cuma, saya perlu lebih berhati-hati agar tidak mendapat kecederaan lagi,” kata Liu Ying yang sedar dia dan Peng Soon diletakkan sandaran bagi menghadiah­kan pingat buat kontinjen Malaysia di Jakarta nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia