Harian Metro

Dhaarma harap ‘dongeng’ Ireland cetus inspirasi

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berharap ‘kisah dongeng’ yang dilakar Ireland apabila berjaya mara ke pentas final Piala Dunia dapat memberi inspirasi kepada anak buahnya untuk melakukan perkara sama di Sukan Asia Jakarta, bermula 18 Ogos ini.

Ireland yang menduduki ranking ke-16 dunia, meraih pencapaian di luar dugaan apabila berjaya melangkah ke final sebelum tewas 0-6 kepada Belanda.

Namun kejayaan Ireland dilihat lebih menjadi tumpuan kerana pasukan yang tidak diberikan sebarang harapan akhirnya mampu mara ke final.

(gambar)

“Sudah pasti ia satu pencapaian sangat besar untuk Ireland. Sebenarnya bukan Ireland saja, tetapi Itali juga memberi inspirasi sangat besar kepada kami.

“Jika mereka boleh melakukann­ya, tidak mustahil untuk kita mengikut jejak langkah mereka.

“Lebih-lebih lagi selepas melihat Ireland dan Itali menewaskan pasukan dari Asia yang mungkin akan ditemui oleh skuad negara di Sukan Asia nanti

“Sebab itu saya selalu ingatkan kepada setiap pemain bahawa tiada yang mustahil selepas melihat ‘kisah dongeng’ ini ,” katanya.

Untuk rekod, kemampuan Ireland tidaklah begitu jauh berbanding skuad negara dengan pasukan yang mendapat gelaran The Green Army itu menewaskan Malaysian Tigress 0-3 pada aksi final Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Kuala Lumpur awal tahun lalu.

Itali pula yang ditewaskan Malaysia pada peringkat separuh akhir di Kuala Lumpur, berjaya melangkah sehingga ke pusingan kedua Piala Dunia.

Pada saingan di Jakarta, skuad negara yang menduduki ranking ke-22 dunia, diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara, China, Jepun, Hong Kong dan Taiwan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia