Harian Metro

Pelumba China, Iran penghalang utama

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba China dan Iran dijangka menjadi penghalang utama Malaysia menang pingat dalam acara lumba basikal para 4,000 meter (4km) dan pecut berpasukan campuran di Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Malah, trio pecut berpasukan campuran China dianggotai Li Zhangyu, Wei Guoping dan Lai Shanzhang menduduki tangga kedua berbanding pelumba negara iaitu Mohd Najib Turano, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddi­n dan Zuhairi Tarmizi Ahmad di tempat kelapan di Kejohanan Basikal Trek Para Dunia 2018 di Rio de Janeiro, Brazil, pada Mac lalu.

Berikutan itu, Mohd Najib Turano dan rakan sepasukann­ya kini menjalani latihan intensif di gimnasium dan Velodrom Nasional, Nilai bagi meningkatk­an pretasi mereka ke tahap optimum untuk bersaing dengan pelumba China dan Iran di Sukan Para Asia 2018, Oktober nanti.

Mohd Najib dijangka turun beraksi dalam lima acara termasuk tiga acara trek iaitu 1km, 4km dan pecut berMohd

pasukan campuran, selain dua acara lebuh raya (lepas beramai-ramai dan ujian masa individu).

“Biarpun disenaraik­an untuk beraksi dalam lima acara, namun fokus utama saya adalah untuk menang emas dalam acara 4km dan naik podium dalam acara pecut berpasukan campuran pada Sukan Para Asia 2018. “Ini kerana peluang saya untuk menang emas dalam acara 4km dan menang podium acara pecut berpasukan campuran adalah lebih tinggi berbanding acara lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Najib juga melahirkan rasa gembira kerana prestasiny­a semakin meningkat selepas berehat selama dua bulan susulan kecederaan dialaminya sebelum ini.

Nama Najib mula meniti di bibir peminat lumba basikal negara selepas meraih empat emas, masing-masing dua dalam acara lebuh raya dan trek Sukan Para KL2017, sekali gus membolehka­nnya membawa pulang RM50,000 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara, tahun lalu.

 ??  ?? MOHAMAD Yusof
MOHAMAD Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia