Harian Metro

Getir kilauan emas

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

„ Skuad hoki lelaki, wanita berdepan tugas sukar di Sukan Asia

Skuad hoki lelaki dan wanita negara menggalas tanggungja­wab besar apabila disasarkan untuk menyumbang pingat pada temasya Sukan Asia yang bakal membuka tirai pada 18 Ogos ini.

Skuad lelaki negara mengintai peluang untuk mencipta sejarah memenangi pingat emas, sekali gus layak secara automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, sementara skuad wanita menyasarka­n gangsa.

Malaysia tidak pernah memenangi emas dalam kategori lelaki sejak hoki diperkenal­kan kali pertama pada 1958 di Tokyo.

Skuad lelaki negara pernah memenangi satu perak dan enam gangsa, manakala satu-satunya pencapaian terbaik skuad wanita adalah pada 1982 apabila meraih gangsa.

“Ia adalah tugas yang sukar tetapi kami sudah melakukan persiapan rapi sejak dua tahun lalu dan yakin mampu beraksi di separuh akhir. Selepas itu, kami akan kembali menyusun strategi untuk cuba memenangi emas buat kali pertama.

“Pemain sedar tanggungja­wab mereka dan walaupun mereka tidak beraksi dengan baik pada siri perlawanan persahabat­an di Australia, banyak yang dipelajari oleh mereka,” kata ketua jurulatih, Stephen van Huizen.

Dalam lima perlawanan persahabat­an dengan skuad campuran Australia A, Malaysia tewas 2-4, 2-3, 0-3 dan 1-6 serta seri 2-2.

Sementara itu, ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata: “Tiada yang meletakkan harapan tinggi kepada kami ketika kali pertama saya membimbing pasukan ini tiga tahun lalu.

“Tetapi sekarang kami sudah berjaya beraksi ke saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

“Perkara sama berlaku ketika ini dan kami berharap dapat melakukan kejutan untuk cuba menaiki podium di Jakarta,” katanya.

 ??  ?? CHEF De Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (tengah) bertemu pemain hoki lelaki dan wanita negara.
CHEF De Mission kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (tengah) bertemu pemain hoki lelaki dan wanita negara.
 ??  ?? VAN Huizen (hadapan, dua dari kiri) merangka taktikal dengan anak buah bagi mengharung­i Sukan Asia.
VAN Huizen (hadapan, dua dari kiri) merangka taktikal dengan anak buah bagi mengharung­i Sukan Asia.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia