Harian Metro

Sasaran medal triatlon kabur

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Skuad triatlon Malaysia mempunyai misi mustahil untuk meraih pingat di Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Indonesia, bulan depan.

Biarpun pasukan triatlon Malaysia dibarisi empat atlet terbaik iaitu dua lelaki, Ryan Tan Qai Shen dan Adrian Yeo Yu Yong serta dua wanita iaitu Irene Chong See Win dan Sue Ling Teoh, misi mereka untuk meraih sebarang pingat di Sukan Asia 2018 kelihatan masih kabur.

Ini kerana prestasi mereka jauh ketinggala­n jika mahu dibandingk­an dengan atlet negara lain terutama Jepun, Korea Selatan, Macau dan Hong Kong yang kini menguasai ranking 10 pelumba triatlon terbaik rantau Asia.

Malah, pelumba terpantas Asia Tenggara yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Marion Kim Mangrobang dari Filipina, sekadar menduduki tangga ke-15 ranking pelari terbaik Asia.

Manakala, Irene Chong yang menjadi pelari triatlon terbaik wanita Malaysia selepas menang pingat gangsa di KL2017 dan Ling Teoh pula tidak tersenarai langsung dalam ranking terbabit. Jadi, tidak hairanlah jika Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memutuskan bahawa semua atlet triatlon kebangsaan akan bertanding di Sukan Asia 2018 di bawah kategori B di mana segala perbelanja­an dan kos penginapan serta pengangkut­an ditanggung sendiri oleh individu dan persatuan terbabit sendiri.

Bagaimanap­un, atlet Malaysia masih mampu meraih pingat sekiranya mereka mempamerka­n aksi bertenaga dan luar biasa sehingga menewaskan peserta dari Jepun, China dan Korea yang diletakkan selaku pilihan utama untuk menang pingat di Sukan Asia 2018 nanti.

Pada KL2017 lalu, Marion menang emas selepas mencatat masa 2:11:14, manakala perak pula dimenangi rakan senegarany­a Maria Claire Adorna (2:18:58) dan diikuti Irene di tempat ketiga dengan catatan masa 2:25:44.

 ??  ?? IRENE sekadar raih gangsa di Sukan SEA lalu.
IRENE sekadar raih gangsa di Sukan SEA lalu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia