Harian Metro

Pogba ke Barca?

- Agensi

„ Ejen pemain itu serius berunding dengan kelab gergasi Sepanyol

Ejen Paul Pogba, Mino Raiola dikatakan sedang berusaha untuk melengkapk­an perjanjian bagi membawa bintang Manchester United itu ke Barcelona.

Raiola dipercayai sudah membincang­kan perincian bersama kelab gergasi Sepanyol itu untuk mendapatka­n pemain tengah Perancis berkenaan yang sudah dua tahun di United sejak berpindah dari Juventus dengan nilai 89 juta pound (RM470.75 juta).

Pogba kembali menjalani latihan pramusim, semalam selepas menikmati cuti rehat Piala Dunia, dengan sumber rapat dengannya berkata, dia terbuka untuk berpindah.

United menegaskan Pogba bukan untuk dijual dan dipercayai sudah menolak tawaran pembukaan daripada Barcelona berjumlah 44.6 juta pound (RM235.90 juta) ditambah dengan dua pemain - Yerry Mina dan Andre Gomes.

Kelab gergasi Inggeris itu jelas tidak bersedia melepaskan Pogba dengan sumber kepada pemain itu juga mengakui adalah sukar untuk perjanjian dilengkapk­an sebelum jendela perpindaha­n ditutup, Khamis ini.

United juga dikatakan cukup sedar ia mungkin menjadi permainan ejen kepada bintang berkenaan dalam usaha memperbaik­i kontrak sedia adanya bagi menyamai gaji 500,000 pound

(RM2.6 juta) seminggu yang diperoleh Alexis Sanchez.

Hubungan Pogba dengan pengurus, Jose Mourinho tegang pada musim lalu dengan media di Britain mendedahka­n pengurus itu bersedia untuk menjualnya.

Ia ditambah dengan komen negatif Mourinho selepas kejayaan Pogba di Piala Dunia apabila mengatakan pemain itu sukar untuk meningkatk­an fokus bersama kelab.

“Saya fikir Piala Dunia adalah tempat yang sempurna untuk pemain sepertinya untuk memberikan yang terbaik. Mengapa? Kerana ia berakhir selepas sebulan, di mana dia hanya boleh berfikir mengenai bola sepak saja,” kata Mourinho.

Secara teori, Barca mempunyai tempoh sehingga hujung bulan ini untuk memikat Pogba sebelum jendela perpindaha­n pemain di Sepanyol ditutup.

Namun, ia akan memberikan masalah buat United bagi mencari pengganti dengan gandingann­ya di bahagian tengah Nemanja Matic sedang menjalani proses pemulihan susulan kecederaan.

 ??  ?? POGBA kembali menjalani latihan pramusim selepas menikmati cuti rehat Piala Dunia.
POGBA kembali menjalani latihan pramusim selepas menikmati cuti rehat Piala Dunia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia