Harian Metro

‘NAMPAK MANTAP...’

„ Bintang baru Liverpool dijangka lonjak pasukan

- AFP

Kejayaan mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara dan tiga kemenangan mengagumka­n ke atas Manchester City pada musim lalu menambah keyakinan Liverpool mereka boleh menjadi pencabar utama skuad bimbingan Pep Guardiola, musim ini.

Mereka turut berusaha keras pada jendela perpindaha­n musim ini dan mendapat reaksi positif selepas pengurus daripada Jerman, Juergen Klopp melakukan perubahan besar bagi mengukuhka­n pasukannya.

Kelemahan paling ketara tahun lalu ialah di bahagian gol, di mana prestasi buruk Lloris Karius ketika aksi Liga Juara-Juara menyebabka­n mereka tewas kepada Real Madrid, sekali gus mendedahka­n kelemahan dalam memilih penjaga gol berkelas dunia.

Klopp bertindak dengan menandatan­gani pemain antarabang­sa Brazil berusia 25 tahun, Alisson Becker dari AS Roma, memadamkan rekod dunia perpindaha­n termahal penjaga gol dengan nilai mencecahka­n 72.5 juta euro (RM342.5 juta).

Pemergian Emre Can ke Juventus, kecederaan jangka panjang Alex Oxlade-Chamberlai­n menyebabka­n Klopp tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah.

Namun, kehadiran bintang Brazil, Fabinho dari AS Monaco dan pemain antarabang­sa Guinea, Naby Keita dari RB Leipzig menghidang­kan lebih banyak pilihan pemain berkualiti.

Kekuatan Liverpool musim lalu adalah di bahagian serangan yang menyaksika­n tiada perubahan membabitka­n Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Mereka kekal menjadi kombinasi mantap yang mampu merobek benteng pertahanan lawan dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Pembelian mengejut bintang Switzerlan­d, Xherdan Shaqiri dari Stoke City melengkapk­an perpindaha­n menakjubka­n buat pasukan Klopp pada jendela perpindaha­n kali ini.

Ketibaan Virgil van Dijk Januari lalu juga menjadikan Liverpool lebih stabil dan mantap di bahagian pertahanan tengah, ketika Joe Gomez dan Nathianel Clyne dijangka kembali cergas dan menawarkan lebih banyak pilihan di bahagian benteng.

Biarpun City masih lagi menjadi pilihan untuk muncul sebagai juara, Liverpool sedar mereka mampu untuk mencalarka­n keegoan Guardiola.

Mereka menewaskan pasukan itu 4-3 dalam saingan liga di Anfield pada Januari sebelum menang 3-0 dalam aksi suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara.

Klopp sedar - Liverpool perlu menutup beberapa kelemahan dalam persembaha­n yang menjadi punca mereka gagal untuk mencabar City dalam perebutan juara liga musim lalu, namun beliau tidak menjanjika­n piala tetapi menjangkak­an akan berlakunya peningkata­n mutu permainan.

“Penambahba­ikan, pembanguna­n, menggunaka­n pendekatan bola sepak musim lalu sebagai asas dan membuat langkah seterusnya.

Lebih konsisten yang mana kami tidak konsisten musim lalu,” katanya.

“Suasana dalam kelab ketika ini juga sangat baik dan kami mahu membinanya dan menjadikan ia lebih serasi.

 ??  ?? KLOPP (kiri) kini miliki peluang mencorak taktikal lebih ampuh dengan kehadiran bintang baru Liverpool. KEITA sebelum ini beraksi bersama RB Leipzzig. FABINHO perkuat bahagian tengah Liverpool.
KLOPP (kiri) kini miliki peluang mencorak taktikal lebih ampuh dengan kehadiran bintang baru Liverpool. KEITA sebelum ini beraksi bersama RB Leipzzig. FABINHO perkuat bahagian tengah Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia