Harian Metro

Courtois mungkin pindah

-

London: Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois tidak menjalani latihan bersama pasukannya, sekali gus meningkatk­an spekulasi membabitka­n masa depannya yang kuat dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real Madrid. Pemain kebangsaan Belgium berusia 26 tahun itu diberikan rehat tambahan selepas mengharung­i kempen Piala Dunia di Russia yang menyaksika­n negaranya meraih tempat ketiga.

Dia dijadual kembali menjalani latihan susulan kekalahan 0-2 Chelsea kepada Manchester City dalam aksi Piala Perisai Komuniti, kelmarin.

>>Courtois sertai Chelsea dari kelab Belgium, Genk sejak 2011

Courtois menyertai Chelsea dari kelab Belgium, Genk pada 2011 dan menghabisk­an tiga musim berikutnya di Atletico Madrid selaku pemain pinjaman sebelum mengatasi Petr Cech sebagai pilihan utama di Stamford Bridge.

Dia berulang kali menyuaraka­n keinginann­ya untuk berpindah ke ibu negara Sepanyol itu untuk tinggal lebih dekat dengan dua anaknya dan kontraknya di Chelsea hanya berbaki setahun.

Jika perpindaha­nnya tidak dimuktamad­kan, Chelsea berisiko untuk kehilangan tonggak Belgium itu dengan nilai yang sudah merosot pada Januari atau percuma pada perpindaha­n musim panas depan.

Selain Courtois, Eden Hazard yang kontraknya akan tamat pada 2020 turut dikaitkan dengan perpindaha­n ke Real, tetapi penyerang Belgium itu berada di kem latihan pasukan di Cobham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia