Harian Metro

Tiada ‘karpet merah’ buat Emery

-

London: Unai Emery bakal melangkah ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus Arsenal tanpa sebarang ‘permaidani merah’ selepas terpaksa membentuk semula pasukan ketika menggantik­an Arsene Wenger.

Pengendali dari Sepanyol ini akan berdepan aksi pembukaan menentang juara bertahan, Manchester City di laman sendiri sebelum berkunjung ke Chelsea untuk perlawanan kedua.

Tiada lagi masa untuk berbulan madu, tetapi peminat sedar risiko yang ditanggung Emery selepas meninggalk­an kelab mewah, Paris St Germain (PSG) dan bakal berdepan saingan sukar sejak hari pertama di England.

Namun, sebenarnya Emery datang dengan penampilan lebih mantap serta rekod lebih membanggak­an berbanding Wenger.

Beliau meraih tiga musim cemerlang dalam Liga Europa bersama Sevilla dan tahun lalu, meraih kejayaan treble bersama PSG dalam saingan domestik.

Pengendali ini ternyata bukanlah individu yang mempunyai cita-cita singkat, jika dinilai berdasarka­n kenyataann­ya ketika kali pertama ditemurama­h media Britain.

“Kami boleh meningkat dengan kelompok pemain ini dan objektifny­a ialah mesti bekerja kuat dengan pemain berbakat ini, yang berpontens­i menjadi calon juara semua gelaran pada masa akan datang,”

“Selepas dua musim gagal layak ke Liga Juara-Juara, kami akan menggapain­ya, menikmatin­ya dan muncul sebagai antara kelab terbaik di Liga Perdana, mungkin juga terbaik di dunia.

Ketika ini, Emery dilihat lebih fokus kepada menguatkan benteng pertahanan yang dilihat kurang stabil di era Wenger pada musim lalu.

Penjaga gol Jerman, Bernd Leno tiba dari Bayer Leverkusen, manakala bekas pertahanan Juventus yang juga kapten Switzerlan­d, Stephan Lichtstein­er bakal menambah pengalaman­nya di barisan belakang.

Pemain Greek, Sokratis Papastatho­poulos juga menyertai mereka dari Borussia Dortmund.

Mereka juga mengikat tonggak Uruguay, Lucas Torreira dari Sampdoria, sekali gus menguatkan barisan tengah untuk menyokong gandingan Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang di bahagian serangan.

 ??  ?? EMERY galas tugas berat bentuk semula skuad Gunners.
EMERY galas tugas berat bentuk semula skuad Gunners.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia