Harian Metro

Status Aidil, Syamer cetus persoalan ‘Buka mata Malaysia’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Status kecederaan dialami Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syamer Kutty Abba menjadi tanda tanya selepas dua pemain itu berada dalam senarai pemain simpanan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menentang MIFA dalam aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Larkin Ahad lalu. Dua pemain itu sebelum ini dilepaskan jurulatih Datuk Ong Kim Swee daripada menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) ke China Khamis lalu bagi persiapan ke Sukan Asia Jakarta-Palembang minggu depan kerana mengalami kecederaan yang dilaporkan mengambil masa untuk pulih.

Bagaimanap­un, Aidil pemain berusia 31 tahun yang dipanggil untuk mengisi kuota tiga pemain lebih usia dan Syamer, 20, tidak diturunkan dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia itu yang menyaksika­n juara Liga Super, JDT tewas 1-2 kepada wakil Liga Perdana, MIFA.

(gambar)

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata, pintu masih terbuka bukan saja buat Aidil dan Syamer, malah Matthew Davies dan Nor Azam Azih yang sebelum ini tidak mendapat pelepasan Pahang untuk bersama pasukan kerana kempen Piala Malaysia.

“Baik pemain yang cedera dan pemain yang belum melaporkan diri, pintu sentiasa terbuka, tetapi pemain yang cedera kita perlu lihat tahap kecederaan mereka, sudah tentu pakar perubatan lebih arif tentang perkara ini.

“Terpulang kepada mereka kerana kita masih ada masa lagi sebelum bertolak ke Jakarta (13 Ogos),” kata Kim Swee.

Bekas jurulatih kebangsaan itu masih menagih kudrat empat pemain itu memandangk­an beliau tidak boleh memanggil pemain lain selain daripada senarai 30 pemain yang didaftarka­n ke Sukan Asia Jakarta-Palembang.

Skuad negara yang tewas 1-2 kepada China B-23 dalam aksi persahabat­an Ahad lalu tiba di tanah air malam tadi sebelum menyambung kembali sesi latihan pusat.

Kim Swee berharap beliau akan dapat mengadakan satu lagi aksi persahabat­an pada Jumaat ini sebelum senarai akhir 20 pemain ke Sukan Asia diumumkan.

Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Hadi Fayyadh Abd Radzak yang sedang menjalani latihan bersama pasukan Roasso Kumamoto mendapat suntikan semangat dan motivasi daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu berpeluang bertemu pemimpin nombor satu negara itu pada Program Kepimpinan Pelajar Sekolah yang berlangsun­g di Global Arena, Fukuoka, Jepun, semalam.

Pertemuan bersama Tun Mahathir itu diatur oleh Syarikat Yakult (Malaysia) Sdn Bhd yang turut bersama Hadi sepanjang pertemuan itu.

Penyerang muda negara itu nyata gembira dan menyifatka­n peluang itu sebagai kenangan manis apabila bertemu sendiri dengan Tun Mahathir serta mendapat nasihat berguna daripada pemimpin yang amat dihormatin­ya itu.

“Tun berpesan supaya saya berusaha bersungguh-sungguh di sini dan membuatkan Malaysia bangga dengan kejayaan saya nanti. Beliau juga berpesan supaya saya menjaga diri sepanjang berada di sini.

“Saya sangat bangga dan gembira dapat berjumpa dengan Tun dan isteri (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali) di sini walaupun pada mulanya saya seakan tidak percaya apabila Hiroshi Hamada mengatakan bahawa saya akan berjumpa kedua-duanya di sini.

“Ini adalah satu kenangan manis dan terindah dalam hidup saya apabila saya dapat berjumpa dengan idola saya sendiri yang amat saya kagumi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroshi Hamada menjelaska­n pertemuan itu diatur supaya dapat membakar semangat Hadi yang sedang menjalani latihan seminggu bersama pasukan Roasso Kumamoto.

“Tujuan kami membawa Hadi Fayyadh bertemu Tun Mahathir adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada beliau supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatka­n tempat di dalam kelab terbabit.

“Selain itu, Hadi juga berkongsi pengalaman­nya bersama pemimpin pelajar yang berada dalam program tersebut,” kata

Hamada.

„ Pesanan Tun Mahathir jadi azimat Hadi lebih membara buru tempat di Roasso Kumamoto

 ??  ?? HADI teruja dapat jumpa Perdana Menteri.
HADI teruja dapat jumpa Perdana Menteri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia