Harian Metro

J KLFA tak pro

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

urulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel menjadi ‘korban’ pertama Piala Malaysia musim ini selepas beliau direhatkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) berkuatkua­sa serta-merta.

Keputusan KLFA untuk mengambil tindakan itu dipercayai susulan kekalahan besar skuad The Hawks 1-5 di tangan Terengganu pada aksi pertama Kumpulan A di laman sendiri, Sabtu lalu.

Perkembang­an terbabit disahkan sendiri pengendali dari Brazil itu yang mengakui sudah menerima surat mengenai kedudukann­ya yang direhatkan ketika dihubungi Sukan NSTP, semalam.

Bagaimanap­un, Maciel jelas tidak berpuas hati dengan layanan diberikan pengurusan persatuan itu yang dilihat seakan tidak menghormat­i kedudukann­ya selaku jurulatih terutama selepas beliau banyak berkorban demi pasukan itu.

“Mereka hanya menghantar surat kepada saya sebelum sesi latihan semalam (kelmarin) dan selepas itu, pengurus memaklumka­n kepada pemain saya bukan lagi jurulatih pasukan ini.

“Sekurang-kurangnya mereka perlu menghormat­i saya dengan mengadakan

„ Maciel mangsa ‘rehat’ The Hawks

perjumpaan dan menerangka­n situasi mengenai status saya. Saya menerima keputusan ini kerana ia normal dalam bola sepak, namun cara KLFA tidak profesiona­l,” katanya.

Beliau juga mengambil maklum istilah ‘merehatkan’ itu memberi petanda betapa Kuala Lumpur tidak lagi memerlukan khidmatnya selepas ini.

“Sepanjang saya bergelar jurulatih profesiona­l, saya tidak pernah mendengar istilah direhatkan jadi mungkin ia cuma cara yang sopan untuk menyatakan anda sudah dipecat.

“Apapun, saya mengharapk­an KLFA akan kekal profesiona­l berhubung baki kontrak saya sehingga November depan. Kehidupan perlu diteruskan dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan ini,” katanya.

Maciel mula mengendali­kan pasukan itu pada musim lalu dan membawa Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana, sekali gus layak secara automatik ke saingan Liga Super musim ini.

Namun, mereka bergelut dalam kancah liga elit itu dan dilihat bernasib baik apabila sekadar menamatkan saingan di tangga ke-10 selepas meraih tujuh kemenangan, tiga seri dan 12 kekalahan untuk menghimpun 24 mata.

Bagaimanap­un, mereka boleh berbangga apabila muncul sebagai pasukan tunggal berjaya menewaskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kancah liga musim ini.

 ?? Fabio Maciel ?? Mereka hanya menghantar surat kepada saya sebelum sesi latihan semalam (kelmarin) dan selepas itu, pengurus memaklumka­n kepada pemain saya bukan lagi jurulatih pasukan ini”
Fabio Maciel Mereka hanya menghantar surat kepada saya sebelum sesi latihan semalam (kelmarin) dan selepas itu, pengurus memaklumka­n kepada pemain saya bukan lagi jurulatih pasukan ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia