Harian Metro

‘Saya bantah jika mahu bubar TFC II!’

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: “Usah bubar pasukan TFC II (Terengganu FC II), saya tidak setuju dan menolak sekeras-kerasnya kerana bagi saya Terengganu antara kilang pengeluar pemain berpotensi, bukan saja kepada pasukan negeri malah skuad kebangsaan.

“Jika Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kekal dengan pendirian itu, ia satu kerugian besar dalam sukan bola sepak di negeri ini,” kata pengendali berpengala­man Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim

(gambar).

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai masa depan TFC II yang kini sudah tersingkir ke saingan Liga FAM musim depan, selepas menghuni di tangga tercorot Liga Perdana dan kini bagaikan telur di hujung tanduk termasuk berkemungk­inan dibubarkan.

Namun keputusan rasmi nasib skuad yang kini beraksi dalam Piala Cabaran itu akan diputuskan PBSNT hari ini, dalam mesyuarat pengurusan persatuan yang akan dipengerus­ikan Menteri Besar Terengganu yang juga presiden baharu

PBSNT, Dr Ahmad Samsuri

Mokhtar.

Mengulas lanjut, Irfan berkata, walaupun

PBSNT kecewa dengan prestasi merudum pasukan itu yang sebelum ini dikenali sebagai T-Team, tetapi langkah membubarka­n skuad nombor dua negeri berkenaan bukan keputusan tepat.

“Saya akui terkejut mendengar berita itu (TFC II akan dibubarkan), harapan saya masih ada ruang perbincang­an dan langkah terbaik untuk menyelamat pasukan itu daripada terus terkubur memandangk­an bakat yang ada pada anak muda di negeri ini khususnya dalam sukan bola sepak memang ramai.

“Bagaimanap­un saya mencadangk­an skuad itu nanti harus mempunyai pengurusan yang tersusun dan betul serta serah kepada orang bola sepak yang mengendali­kannya, kerana bagi saya ramai bekas pemain bola sepak tersohor lahir dari negeri ini.

“Jadi, saya harap kerajaan negeri atau PBSNT memikirkan semula perkara itu kerana impaknya sangat besar dalam melahirkan ramai pemain berbakat yang seterusnya dapat membantu pasukan negeri dan negara,” katanya yang menyatakan skuad itu nanti harus mempunyai pemain mengikut had umur.

Sebelum ini, mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyuaraka­n pandangan sama agar skuad itu tidak dibubarkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia