Harian Metro

Rampas kayu bergergaji, jentera berat RM1.5 juta

-

Sarikei: Pihak berkuasa menumpaska­n kegiatan pemprosesa­n kayu tanpa permit dalam serbuan di sebuah kilang di

Jalan Padang Tembak, Kilometer 18, Sungai Paoh, di sini, kelmarin.

Operasi dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) itu bukan saja berjaya membongkar kegiatan haram berkenaan, malah menemui burung dilindungi yang dikurung di premis terbabit.

Komander PPM Wilayah 5 Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, dalam serbuan jam 10.20 pagi di kilang memproses papan lapis berkenaan, pihaknya mendapati ia beroperasi secara haram.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n pihaknya merampas sejumlah jentera berat, mesin serta papan lapis dan kayu bergergaji dianggarka­n bernilai RM1.5 juta.

"Rampasan itu dibuat bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

"Kami juga menahan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di kilang haram itu," katanya.

Salehuddin berkata, pemeriksaa­n lanjut di sekitar kilang berkenaan turut menemui tiga burung murai batu, spesies yang dilindungi mengikut Ordinan Hidupan Liar Sarawak.

Beliau berkata, harga burung berkenaan di pasaran gelap dipercayai mencecah RM2,400.

"Burung itu kemudian diserahkan kepada

SFC di Kuching untuk perlindung­an, manakala barang rampasan lain diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak di Sarikei untuk tindakan lanjut.

"Lelaki warga Indonesia yang ditahan itu pula diserahkan ke Balai Polis Jakar dan akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana gagal menunjukka­n dokumen perjalanan dan permit kerja," katanya.

 ??  ?? PAPAN lapis dan kayu bergergaji dianggarka­n bernilai RM1.5 juta dirampas dalam operasi membantera­s pembalakan haram di Jalan Padang Tembak, Kilometer 18, Sungai Paoh, Sarikei.
PAPAN lapis dan kayu bergergaji dianggarka­n bernilai RM1.5 juta dirampas dalam operasi membantera­s pembalakan haram di Jalan Padang Tembak, Kilometer 18, Sungai Paoh, Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia