Harian Metro

20 jabatan terima penarafan 5 bintang

-

Kota Kinabalu: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 1 2017 bagi Sabah merekodkan 20 daripada 29 kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan negeri yang diaudit, mencapai prestasi pengurusan kewangan cemerlang dengan menerima penarafan lima bintang berdasarka­n perolehan markah 90 peratus ke atas.

Enam kementeria­n, jabatan dan agensi pula mencapai tahap baik dengan penarafan empat bintang, dua jabatan dan agensi mencapai tahap memuaskan (tiga bintang), manakala satu agensi merekodkan pencapaian kurang memuaskan dengan mendapat penarafan dua bintang.

Berdasarka­n laporan itu, kementeria­n mencapai tahap cemerlang adalah Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, manakala jabatan dan agensi adalah Pejabat Daerah Pitas, Majlis Daerah Tuaran, Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia, Pejabat Daerah Kudat, Pejabat Daerah Keningau, Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Bendahari Negeri dan Majlis Daerah Ranau (MDR).

Selebihnya, Lembaga Industri Getah Sabah, Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah, Pejabat Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kinabatang­an, Jabatan Tanah dan Ukur, Pejabat Daerah Beluran, Jabatan Cetak Negeri, Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Lembaga Bandaran Kudat dan Korporasi Pembanguna­n Desa.

Sementara itu, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah mencatat pencapaian baik.

Bakinya, iaitu Majlis Daerah Putatan dan Pejabat Daerah Tenom mencatat prestasi memuaskan tiga bintang, manakala Pejabat Daerah Kunak merekodkan pencapaian kurang memuaskan dengan mendapat penarafan dua bintang.

Skop pengaudita­n bagi jabatan negeri merangkumi lapan elemen kawalan iaitu pengurusan, bajet, terimaan, pengurusan perolehan, perbelanja­an, pengurusan kumpulan wang/akaun amanah dan deposit, pengurusan aset dan stor serta pengurusan kenderaan kerajaan membabitka­n 19 jabatan bagi tempoh sepanjang tahun lalu.

Bagi agensi negeri, skop audit membabitka­n sembilan kawalan iaitu pengurusan, bajet, terimaan, pengurusan perolehan, perbelanja­an pengurusan kumpulan wang, pinjaman dan deposit, pengurusan aset dan stor, pelaburan dan pinjaman serta pengurusan penyata kewangan membabitka­n 10 agensi.

LKAN kali ini turut memaparkan tahap risiko ketidakpat­uhan yang dikesan dalam jabatan dan agensi menerusi pengaudita­n dijalankan berdasarka­n tiga tahap iaitu tinggi (skala tiga), sederhana (skala dua) dan rendah (skala satu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia