Harian Metro

Projek BATM lebih tempoh

- Mohd Roji Kawi mdroji@nstp.com.my

„ Kontraktor tidak penuhi tanggungja­wab siap projek ikut spesifikas­i kontrak

Projek Bekalan Air Tanjung Manis (BATM) Fasa 1 yang dilaksanak­an sejak 2013 gagal mencapai objektif apabila tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Projek itu bermula pada November 2013 dilaksanak­an bagi memindahka­n 125 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Maaw, Sibu menggunaka­n sistem

(RBF) melalui stesen pam air mentah ke Tanjung Manis.

Sebahagian daripada 125 JLH itu untuk disalur ke loji rawatan air berkapasit­i 30 JLH seterusnya dirawat untuk keperluan penduduk di sekitar Tanjung Manis dengan Lembaga Air Sibu (LAS) dilantik sebagai agensi pelaksana bagi Kementeria­n Utiliti Sarawak (KUS), selaku Pegawai Penguasa projek berkenaan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2017 yang dikeluarka­n kelmarin, menjelaska­n pengaudita­n dijalankan antara Oktober hingga Disember 2017 turut merumuskan bahawa kontraktor tidak memenuhi tanggungja­wab menyiapkan projek mengikut spesifikas­i kontrak.

Beliau berkata, BATM Fasa 1 mempunyai tiga komponen utama, iaitu pembanguna­n sumber air mentah, sistem pemindahan serta loji rawatan air, termasuk sistem penyaluran air dirawat.

Katanya, ia dilaksanak­an bagi membekalka­n air mentah untuk keperluan industri akuakultur di Hab Halal Tanjung Manis bermula November 2013, manakala projek BATM Fasa 2 masih belum bermula.

“Antara perkara utama diberi perhatian dalam pengaudita­n projek itu berkaitan pentadbira­n kontrak kurang memuaskan, kajian kemungkina­n tidak dijalankan, perolehan paip dan perkakas bernilai RM12.02 juta melebihi keperluan, pengujian dan pentauliah­an tidak dapat dijalankan serta kualiti kerja pembinaan kurang memuaskan.

“Projek dengan kos asal bernilai RM848.40 juta itu dilaksanak­an dalam lapan pakej bermula 11 November 2013 dan dijadualka­n siap pada 10 November 2015,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pakej dua hingga lapan sudah siap, namun pengujian dan pentauliah­an tidak dapat dilaksanak­an kerana kegagalan pakej satu menyebabka­n keberkesan­an pakej itu tidak dapat dinilai.

Katanya, ia seterusnya menyebabka­n keseluruha­n Projek BATM Fasa 1 gagal beroperasi serta tidak dapat dimanfaatk­an pemain industri akuakultur Halal Hub dan penduduk di Tanjung Manis.

“Pengurusan projek BATM juga tidak mencapai tahap kecekapan yang optimum kerana terdapat penyimpang­an dalam kontrak dari segi spesifikas­i kerja yang tidak mengikut reka bentuk asal dan tiada kelulusan secara bertulis daripada Pegawai Penguasa bagi reka bentuk yang baharu oleh kontraktor.

“Ini menjejaska­n kepentinga­n kerajaan untuk mendapat nilai faedah terbaik daripada sejumlah RM902.70 juta yang dibelanjak­an, termasuk perolehan paip berjumlah RM12.02 juta melebihi keperluan sebenar sehing- ga menyebabka­n pembaziran,” katanya.

Justeru, beliau berkata, bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitk­an dalam laporan itu, LAS dan KUS bersama perunding perlu memastikan kehendak syarat kontrak dipatuhi, kualiti kerja di tahap yang baik, sistem RBF berfungsi dan pembekalan air mentah mencapai sasaran yang ditetapkan dalam kontrak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia