Harian Metro

Tumpu luar kawasan sekolah basmi HFMD

-

Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan negeri memberi tumpuan terhadap kanak-kanak di luar kawasan sekolah dalam usaha menangani penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini.

Sehingga jam 3 petang kelmarin, negeri ini mencatatka­n 2,611 kes dengan 24 sekolah atau kelas masih ditutup dan kes tertinggi direkodkan di Kota Kinabalu iaitu 564 kes, disusuli Beaufort (393), Penampang (258) dan Sandakan (221).

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, berdasarka­n rekod ada kes membabitka­n kanak-kanak berusia di bawah dua tahun.

“Kanak-kanak itu mungkin mendapat penyakit daripada adik-beradik yang bersekolah atau ketika berada di tempat awam.

“Apabila kami mengesan kes jangkitan, jabatan juga memeriksa orang lain (yang mungkin bersentuha­n dengan orang dijangkiti). Berlaku peningkata­n kes, namun bukan secara drastik,” katanya selepas melancarka­n Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, di sini, semalam.

Mengulas mengenai wabak selesema burung di Tuaran, Dr Christina berkata, pasukan daripada jabatannya serta Jabatan Perkhidmat­an Veterinar memantau situasi itu setiap hari.

“Buat masa sekarang, virus tidak merebak kepada manusia di Kampung Kauluan (Tuaran),” katanya.

Berdasarka­n data global, cuma 67.4 peratus bayi diberi susu ibu secara ekslusif selama enam bulan, manakala cuma 45 peratus meneruskan pemberian susu ibu hingga berusia dua tahun.

Dr Christina berkata, setakat ini 21 hospital kerajaan dan 94 klinik kesihatan diiktiraf dengan kemudahan mesra bayi di Sabah.

 ??  ?? DR Christina bersama ibu serta bayi selepas merasmikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat negeri Sabah, semalam.
DR Christina bersama ibu serta bayi selepas merasmikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat negeri Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia