Harian Metro

Terharu terima sumbangan orang ramai

-

Kota Kinabalu: Ketabahan wanita berusia 26 tahun menjaga empat anak dan suaminya yang menghidap penyakit meningitis, mendapat perhatian apabila ramai pihak tampil menghulurk­an sumbangan.

Bantuan wang dan makanan diterima wanita berkenaan selepas laporan mengenai kesukaran hidupnya disiarkan akhbar ini, kelmarin.

Rosni Kusop berkata, dengan bantuan orang ramai itu, dia dapat membeli ubat suami dan kelengkapa­n dua anaknya yang bersekolah.

“Saya terkejut apabila dalam bank simpanan suami ada sejumlah wang, malah pagi tadi (semalam) beberapa individu berkunjung ke rumah menghulurk­an sumbangan makanan.

“Melalui sumbangan wang ringgit itu, dapatlah saya membeli ubat dan kelengkapa­n sekolah anak,” katanya di rumahnya di Kampung Suang Parai, Manggatal, semalam.

Katanya, wang itu juga membolehka­nnya membaiki motosikal untuk pengangkut­an harian bagi membeli ubat suami, selain menghantar dan mengambil anak di sekolah.

“Ribuan terima kasih atas segala bantuan amat berharga ini. Hanya Allah SWT mengetahui dan dapat membalas jasa pemberi sumbangan yang sangat besar ini,” katanya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan Rosni tabah menjaga suaminya Zulkiflie Jaffar, 42, yang disahkan menghidap meningitis atau keradangan selaput otak.

Keadaan bertambah teruk apabila suaminya mengalami masalah saluran kencing sehingga memaksanya bergantung hidup dengan Rosni untuk mengurus diri serta menjaga empat anak mereka berusia empat hingga 11 tahun.

Adakalanya, Rosni terpaksa berjalan pulang ke rumahnya selepas mengambil ubat untuk suami di klinik Kesihatan Manggatal, sejauh hampir lapan kilometer kerana tiada duit untuk membayar tambang bas.

 ??  ?? ANTARA barangan sumbangan daripada orang ramai yang diterima Rosni.
ANTARA barangan sumbangan daripada orang ramai yang diterima Rosni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia