PERMULAAN BAIK
Sarri mahu pemain tingkat kualiti selepas kemenangan pertama
Kami perlu
perbaiki permainan untuk melindungi bahagian pertahanan
Maurizio Sarri
Maurizio Sarri menyatakan Chelsea perlu memanfaatkan baki bulan ini untuk mempertingkatkan kualiti permainan mereka meskipun memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan langkah kanan susulan kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield Town.
Jaringan N’Golo Kante, pemain baru Jorginho dan
Pedro Rodriguez memberikan kemenangan meyakinkan buat Chelsea di Stadium John Smith dan pembelian termahal kelab itu Kepa Arrizabalaga memastikan gawang mereka tidak dibolosi pada penampilan pertamanya sebagai penjaga gol Blues.
Eden Hazard turut mempamerkan aksi bertenaga biarpun tampil seketika sebagai pemain gantian pada minit ke-76, mencipta gol ketiga buat Chelsea, memastikan permulaan hampir sempurna buat Sarri di
pentas bola sepak Inggeris yang meramalkan pasukannya berdepan masalah prestasi yang menjejaskan keputusan perlawanan pada babak pertama musim ini.
Biarpun mengakui gembira dengan tiga mata itu, Sarri berharap pemain dapat menyesuaikan diri dengan ideanya sebelum pertandingan antarabangsa dan Liga Europa mula menjejaskan jadual Chelsea.
“Saya benar-benar gembira kerana pada peringkat awal musim, saya fikir adalah mudah untuk meraih mata,” kata Sarri.
“Separuh masa pertama begitu sukar. Jika anda lihat kepada keputusannya ia mungkin satu perlawanan yang mudah.
“Pada babak pertama, kami berdepan masalah dalam 15 minit pertama untuk mena-
ngani pasukan yang menampilkan kekuatan fizikal. Kami tidak mempunyai kekuatan seperti itu.
“Saya fikir apa yang terbaik dalam perlawanan itu adalah keupayaan kami bertahan selama 15 minit. Namun, kemudian saya terfikir mungkin pada separuh masa kedua, lawan agak keletihan dan ia menjadi lebih mudah. Kedua-dua pasukan menguasai perlawanan dengan seimbang jadi Sarri berpendapat pasukannya perlu menangani situasi itu.
“Pada beberapa ketika dalam perlawanan itu, kami perlu perbaiki permainan untuk melindungi bahagian pertahanan dan memberi tekanan terhadap pertahanan lawan,” kata Sarri.
“Kami perlu pantas membawa bola yang saya fikir kami tidak melakukannya pada separuh masa pertama. Kami semakin baik pada separuh masa kedua, tapi ketika itu, kami mempunyai lebih banyak ruang dan masa.”