Berfikiran positiflah!
Dilema itu mungkin melanda sebahagian kecil mahasiswa baru dan hanya kes terpencil, namun ia sebenarnya boleh memberi kesan jangka panjang jika perkara ini tiada penyelesaiannya.
Pensyarah Kanan
Jabatan Pembangunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Siti Raba’ah Hamzah berkata, berdasarkan pengalaman di universiti menunjukkan memang ada calon yang meneruskan program pengajian bukan pilihan.
Bagaimanapun, ada antaranya mendapat keputusan cemerlang kerana kuncinya adalah pada diri sendiri.
“Calon seharusnya menerima tawaran dan memulakan usaha serta langkah yang baharu demi masa depan.
“Fikiran yang bercelaru dapat diatasi dengan membuat tumpuan yang lebih kepada ‘aku harus berjaya.’ Calon harus memikirkan bukan mudah untuk mendapat tawaran pengajian itu, kesesuaian keputusan disaring kumpulan khas dari universiti dan ia mengambil kira kemampuan berasaskan keputusan peperiksaan calon,” katanya.
Katanya, perkara ini penting kerana keputusan itu sangat berkait dengan masa depan calon.
“Selepas mendaftar di universiti, calon perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada program pengajiannya. Mereka perlu bersaing dalam suasana yang sihat dan memajukan diri dengan lebih sistematik, iaitu mengikuti perancangan program yang ditetapkan universiti bagi memastikan tidak ketinggalan dalam mana-mana peraturan atau tuntutan sebagai mahasiswa,” katanya.
Katanya, mahasiswa perlu menjadikan program yang diikuti itu sebagai cabaran yang perlu ditangani demi masa depan.
“Apa yang perlu ialah menjadi penuntut cemerlang, berkebolehan, rajin dan mempunyai visi, misi serta wawasan yang boleh mengatasi perasaan dan emosi.
“Menerusi sikap yang positif, calon tetap akan memperoleh keputusan yang baik seperti penuntut lain,” katanya.
Jelas Dr Siti Raba’ah lagi, bagaimanapun pelajar masih boleh memohon program pengajian mengikut pilihan hati, tapi ia seolah-olah mencuba nasib pada sesi kemasukan yang akan datang.
Katanya, pelajar juga boleh memilih program pengajian di universiti yang lain, sama ada universiti awam (UA) atau swasta.
“Namun, risiko yang perlu dihadapi calon ialah persaingan dengan calon baru yang turut memohon untuk kemasukan sesi berkenaan.
“Kegagalan mendapatkan program pengajian pilihan hati bukan sesuatu keputusan muktamad untuk membantutkan cita-cita dan harapan kerana daripada itu calon perlu berfikir dengan sihat adakah ini ‘takdir saya’ atau adakah ini permulaan baru?” katanya.
Katanya, cita-cita dan
Jadikan program
diikuti sebagai cabaran walaupun
bukan pilihan