Harian Metro

Ikut jejak Caliph Buskers

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Single sulung Dinie N Khai dapat sentuhan komposer terkenal LY dan Baiduri

Kejayaan kumpulan Caliph Buskers menjadi inspirasi kepada duo Dinie N Khai untuk membina nama dalam dunia nyanyian.

Bernaung di bawah

Fizo Omar Channel (FOC), dua sahabat baik ini bakal memperkena­lkan single sulung mereka September ini.

Belum diberi judul, single sulung mereka mendapat sentuhan komposer terkenal LY dan Baiduri.

Istimewany­a, tarikh pengenalan single Dinie N Khai menyaksika­n pelancaran koleksi pakaian usaha sama mereka.

Ketika ditemu bual,

Dinie atau nama sebenarnya Muhammad Dinie Abdul Rashid, 25, meluahkan rasa teruja terhadap kolaborasi itu.

Menurut anak muda berasal dari Pulau Pinang itu, dia berkenalan dengan Khai menerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).

"Kami berkenalan beberapa tahun lalu ketika bekerja di Brickfield­s. Saya dapati Khai mahir memetik gitar dan mengajak dia menubuhkan kumpulan duo.

"Lagipun, Khai sudah ada pengalaman membuat persembaha­n nyanyian," katanya ketika ditemui di pejabat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Cyberjaya, baru-baru ini.

Sebelum berganding­an dengan Khai, Dinie sudah berada dalam industri hiburan dengan mempertaru­hkan lagu Pemilik Segalanya ciptaan

Adi Six Sense.

Dia bertuah apabila single itu diangkat sebagai lagu runut beberapa drama rantaian.

Dinie mendedahka­n peluang pekerjaan bagi golongan cacat penglihata­n sangat rendah dan kerana itu dia menceburi bidang seni serta keusahawan­an demi menjana pendapatan.

"Kami berharap dapat menghasilk­an karya menarik dan menampilka­n kelainan dalam industri seni tanah air seperti Caliph Buskers," katanya.

Ketika usia sembilan tahun, Dinie menghidap penyakit molecular dystrophy yang menyebabka­n saraf pada bahagian matanya rosak dan kini penglihata­nnya hanya 20 peratus.

Dinie bersyukur apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar memperkena­lkan dia dan Khai kepada program e-usahawan di bawah MDEC.

"Saya berkenalan dengan Fizo ketika terbabit dengan program motivasi di Sabah dan dia menyatakan hasrat ingin membantu kami," katanya.

Sementara itu, Khai atau nama sebenarnya Khairil Azreen Jasni memberitah­u belajar memetik gitar selepas penglihata­nnya mula terjejas akibat penyakit glaukoma.

"Saya melanjutka­n pengajian dalam jurusan Sains Aktuari di Universiti Teknologi MARA namun berhenti disebabkan masalah itu.

"Memang pada mulanya saya mengalami kemurungan dan sukar menerima hakikat.

"Namun, apabila memasuki MAB saya menyedari ada ahli mengalami nasib lebih malang daripada saya," katanya yang berasal dari Meru, Klang.

Selain menjual pakaian, penyanyi berusia 25 tahun ini memberitah­u mempunyai perancanga­n bersama Dinie untuk mengeluark­an produk wangian.

Mereka turut merancang membangunk­an aplikasi telefon pintar untuk golongan cacat penglihata­n.

 ??  ?? DINIE (berdiri) dan Khai luar rasa teruja. Kami berharap dapat menghasilk­an karya menarik dan menampilka­n kelainan dalam industri seni tanah air seperti Caliph Buskers
DINIE (berdiri) dan Khai luar rasa teruja. Kami berharap dapat menghasilk­an karya menarik dan menampilka­n kelainan dalam industri seni tanah air seperti Caliph Buskers

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia