Ramai belum tahu
Pendaftaran caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) bermula semalam kurang mendapat sambutan daripada golongan suri rumah di daerah ini.
Tinjauan di Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) negeri pagi semalam mendapati suasana sangat lengang dengan hanya seorang suri rumah mengemukakan borang permohonan bagi program berkenaan.
Program dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu itu adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Selain suri rumah, insentif itu juga ditawarkan kepada balu dan ibu tunggal dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang namanya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (E-Kasih).
Bagi Sarimah Kasih, 54, insentif i-Suri diperkenalkan kerajaan itu sangat membantu golongan wanita, terutama suri rumah untuk menyimpan wang sebagai bekalan hidup mereka sekiranya ketua keluarga berdepan masalah kesihatan dan tidak lagi boleh mencari nafkah.
Dia yang berasal dari FELDA Lepar Hilir 4, dekat sini, berpendapat golongan suri rumah perlu merebut peluang diberikan kerajaan dengan mendaftar sebagai pencarum di bawah kendalian KWSP.
“Ini adalah peluang terbaik
Masih kurang golongan suri rumah daftar caruman i-Suri
dan persediaan kepada kita (suri rumah) untuk mendapatkan pembelaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
“Kalau boleh, datanglah mendaftar kerana ia bukan menyusahkan atau mengambil masa yang lama. Isi saja borang disediakan dan nama kita akan terus dimasukkan dalam sistem (senarai) KWSP,” katanya yang ditemani suaminya, Zahari Said.
Melalui insentif itu, suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan E-Kasih boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan.