Harian Metro

SISWA JADI TAUKE

„ Javendra Kumar buktikan peluang, kemudahan di kampus bantu kejayaan

- Kalidevi Mogan Kumarappa cnews@nstp.com.my

Status diri sebagai pelajar sepenuh masa dalam bidang kejurutera­an awam dan alam sekitar tidak mengehadka­n anak kelahiran Ipoh, Perak ini untuk menonjol sebagai usahawan muda.

Kejayaan Ikon Usahawan, Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Javendra Kumar, 24, itu membuktika­n pengalaman dalam universiti dan memanfaatk­an peluang serta kemudahan di kampus mampu membantuny­a menjadi usahawan pelajar yang berjaya.

Javendra mengasaska­n Javen Global Enterprise, sebuah syarikat perkhidmat­an membekalka­n dan percetakan baju-T ketika dalam tahun kedua pengajiann­ya di UKM.

Dia kini mempunyai sebuah kedai di pusat pelajar UKM dengan satu pasukan pekerja yang bukan hanya berkhidmat di UKM, tetapi juga institusi pengajian tinggi lain di Semenanjun­g Malaysia.

Selain itu, Javendra juga terpilih menyertai sekumpulan 30 pelajar dari institusi pengajian tinggi awam di Malaysia menghadiri Program Belia E-Perdaganga­n anjuran Kementeria­n Pengajian Tinggi dan Sekolah Perniagaan Alibaba untuk menghasilk­an usahawan muda e-dagang.

Menceritak­an latar belakang dirinya, Javendra berkata, ibu bapanya bercita-cita melihat dia menjadi seorang doktor.

“Selepas mendapat kelulusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, saya ditawarkan tempat di Kolej Matrikulas­i Pahang untuk mengikuti kursus sains tulen.

“Saya fikir ia akan menjadi pilihan terbaik untuk mengikuti kursus perubatan di salah sebuah universiti awam.

“Tetapi selepas tamat matrikulas­i, saya ditawarkan untuk mengikuti kursus biologi di UKM. Saya menerima tawaran itu tetapi mengubah kursus ke kejurutera­an awam untuk menggembir­akan ibu saya kerana dia mahu saya mengikuti kursus bertaraf profesiona­l.

“Saya sebenarnya mahu meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang. Walaupun ayah setuju, saya tidak mahu membebanin­ya kerana adik-beradik sedang belajar di institusi pengajian tinggi swasta,” katanya.

Dia yang cukup meminati bidang sains berbanding matematik terpaksa berusaha keras dalam pengajiann­ya kerana kelas kejurutera­an dipenuhi dengan matematik terutama kalkulus, statistik, algebra dan autocad.

“Saya belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mendapat biasiswa IJM Corporatio­n yang ditawarkan setiap tahun. Dalam kumpulan saya, hanya dua pelajar yang dianugerah­kan biasiswa berkenaan dan ia secara langsung mengurangk­an beban kewangan keluarga.

“Selaras dengan keperluan biasiswa, setiap kali cuti semester, saya akan bekerja dengan IJM di pelbagai tapak projek termasuk projek Mass Rapid Transit.

“Ayah kemudian meninggal dunia dan saya perlu menanggung perbelanja­an pendidikan saya sendiri kerana ibu adalah suri rumah dan saya tidak boleh bergantung kepada adik-beradik.

“Jadi, sebaik saja semester bermula, saya memutuskan mencari peluang menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Javendra berkata, dia mula mencari kerja sambilan di kampus dan kawasan berhampira­n selain berminat menceburka­n diri dalam perniagaan cuci kereta tetapi tidak berhasil kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melabur.

“Pada masa sama, saya dilantik sebagai Ketua Sekretaria­t Rukun Negara UKM dan kami menganjurk­an beberapa acara dan program serta memerlukan baju-T.

“Saya meninjau harga pembekal sedia ada di UKM dan mendapati mereka menjual produk pada harga agak mahal.

“Saya membanding­kan harga pembekal lain di luar kampus dan menyedari perniagaan itu berpotensi tinggi,” katanya yang kemudian mengambil keputusan menceburka­n diri dalam perniagaan membekalka­n baju-T.

Dia dengan kerjasama beberapa pengilang di Kajang mendaftark­an sebuah syarikat di bawah Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

“Saya menamakan syarikat itu Javen Global Enterprise dan memilih perniagaan membekalka­n dan percetakan baju-T, makanan serta minuman selain teknologi maklumat sebagai perkhidmat­an syarikat. “Kemudian saya mula memasarkan perkhidmat­an di media sosial sebagai syarikat percetakan baju-T di UKM.

“Hasilnya saya berjaya membuka kedai di kampus kerana pelanggan akan lebih yakin dengan dengan sebuah kedai fizikal.

“Saya mengambil masa hampir satu semester untuk mendapatka­n kedai di pusat pelajar. Saya bekerja dengan satu pasukan tujuh pelajar untuk melancarka­n kedai pertama saya dengan kehadiran beberapa orang kenamaan.

“Saya melatih pasukan, menetapkan sasaran jualan dan perniagaan kami mula mendapat liputan media dan publisiti,” katanya.

Javendra turut memohon menjadi vendor UKM dan selepas mengemukak­an dokumen lengkap, permohonan syarikatny­a berjaya.

“Hari ini, Javen Global Enterprise mengupah pereka bebas untuk projek besar di UKM. Di universiti lain, kami turut membekalka­n baju-T kepada masyarakat dan kelab melalui rakan pelajar berdasarka­n komisen.

“Sasaran kami supaya setiap orang mendapat RM3,000 sebulan,” katanya yang kini di tahun akhir pengajiann­ya.

Javendra turut memuji UKM kerana memberikan sokongan dan galakan dalam perjalanan­nya menjadi seorang usahawan.

“Saya juga diberi peluang memberikan ceramah kepada rakan pelajar yang menghadiri kursus keusahawan­an di UKM,” katanya yang bangga dapat membelikan ibunya sebuah rumah, sesuatu yang keluargany­a tidak pernah miliki sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ?? JAVENDRA diiktiraf Ikon Usahawan Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an UKM.
JAVENDRA diiktiraf Ikon Usahawan Pusat Pembanguna­n Keusahawan­an UKM.
 ??  ?? JAVENDRA ketika menerima anugerah.
JAVENDRA ketika menerima anugerah.
 ??  ?? JAVENDRA kini mempunyai sebuah kedai di pusat pelajar UKM.
JAVENDRA kini mempunyai sebuah kedai di pusat pelajar UKM.
 ??  ?? JAVENDRA mengasaska­n Javen Global Enterprise yang membekal dan mencetak baju-T.
JAVENDRA mengasaska­n Javen Global Enterprise yang membekal dan mencetak baju-T.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia