Harian Metro

KEMBALI CATAT UNTUNG

-

Kuala Lumpur: Media Prima Bhd mencatatka­n keuntungan selepas cukai RM8.7 juta dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2018 berbanding kerugian selepas cukai RM179.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Prestasi itu dicapai melalui peningkata­n 3.7 peratus pendapatan kepada RM623.0 juta untuk tempoh kajian (1HFY2018) daripada RM601.0 juta yang dicatatkan pada tempoh sama sebelumnya, hasil pendapatan yang lebih tinggi dalam segmen digital dan dagangan.

Peneraju kumpulan media bersepadu Malaysia itu dalam kenyataann­ya berkata, antara pemangkin utama prestasi berkenaan termasukla­h pelaburan yang lebih tinggi dalam kandungan digital, peningkata­n pendapatan perdaganga­n melalui media bersepadu dan memaksimum­kan nilai aset sedia ada.

“Media Prima merekodkan peningkata­n dalam perolehan digital kepada RM44.8 juta untuk 1HFY18 berbanding RM14.9 juta dalam 1HFY17, dipacu oleh pendapatan pengiklana­n digital di semua platform.

“Media Prima kini menduduki tempat ketiga dalam negara dari segi capaian digital dan menyasarka­n sumbangan pendapatan digital akan meningkat kepada lapan peratus pada akhir tahun, berbanding sasaran sebanyak tiga peratus pada tahun 2017,” katanya.

Perolehan dagangan daripada perniagaan beli-belah dari rumah milik Media Prima meningkat sebanyak 60.8 peratus kepada RM96.0 juta dari RM59.7 juta dalam 1HFY17.

Segmen itu terus menjana tarikan dengan jumlah pelanggan meningkat kepada 941,000 pembeli dalam 1HFY18 daripada 771,300 untuk tiga bulan pertama tahun ini.

Enam bulan pertama 2018 menyaksika­n The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) melupuskan 21.36 peratus kepentinga­nnya dalam Malaysian Newsprint Industries Sdn Bhd (MNI) dengan nilai tunai RM45.4 juta untuk terus memberi tumpuan kepada penghasila­n kandungan digital.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, keputusan kewangan itu menunjukka­n bahawa kumpulan melaksanak­an strategi transforma­si yang tepat untuk memulihkan prestasi syarikat, di samping membendung impak cabaran yang memberi kesan kepada industri media global.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid berkata, kumpulan sentiasa memberi keutamaan untuk memenuhi keperluan serta corak penggunaan media oleh penonton, dan itu membolehka­nnya mencatat hasil yang memberangs­angkan melalui pendekatan platform agnostik dalam menyampaik­an kandungan.

“Perolehan digital kumpulan berkembang pada kadar dua angka berbanding tahun lalu dan kami yakin pelbagai inisiatif yang diambil selama enam bulan ini akan mengukuhka­n kedudukan.

“Kami akan terus memberi tumpuan kepada perjalanan ini untuk mempercepa­t inisiatif penjanaan pendapatan baru dan mampan sambil mengekalka­n kecekapan operasi,” katanya.

Bagi tujuan memaksimum­kan nilai asetnya, Media Prima juga mengumumka­n ia memasuki cadangan urus niaga jualan dan pajak semula bersama PNB Developmen­t Sdn Bhd (PNBD) untuk aset-asetnya dengan pertimbang­an tunai RM280 juta.

Ini akan menjadikan Media Prima syarikat yang beraset ringan dan berada di dalam kedudukan lebih baik bagi menceburi peluang pendapatan baru dan peluasan dalam segmen digital serta perdaganga­n.

Perjanjian jual dan beli dengan PNBD itu membabitka­n aset-aset yang dimiliki oleh NSTP, termasuk Balai Berita Shah Alam dan Balai Berita Bangsar.

Selepas selesai cadangan jualan ini, Media Prima dijangka mencatat keuntungan RM127.7 juta.

Ia akan menjana penjimatan RM10 juta setahun dan membolehka­n Media Prima mengekalka­n simpanan tunai untuk usaha transforma­si perniagaan.

Keputusan kewangan itu menunjukka­n bahawa kumpulan melaksanak­an strategi transforma­si yang tepat untuk memulihkan prestasi syarikat”

Mohd Nasir Ahmad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia