Harian Metro

SPRM RAMPAS RM27.6 JUTA

„ Bekas bos perisik luar Malaysia disyaki songlap RM49.5 juta

- Irwan Shafrizan Ismail dan Noor Atiqah Sulaiman cnews@nstp.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki sejumlah RM49.5 juta (AS$12 juta) wang milik kerajaan diseleweng susulan hasil siasatan terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid dan tujuh pegawainya.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, sehingga kini, pihaknya merampas RM27.6 juta dalam bentuk wang tunai RM980,000 dan AS$6.4 juta (RM26.4 juta).

“Wang tunai itu ditemui di beberapa lokasi termasuk sebuah kondominiu­m di Cyberjaya, pejabat individu tertentu dalam kes ini serta juga pembongkar­an di pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Kami masih mencari baki wang lebih RM21 juta (AS$5 juta) kerana dipercayai jumlah keseluruha­n wang yang diseleweng adalah AS$12 juta,” katanya pada sidang media berhubung kes berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata, susulan penahanan Hasanah serta tujuh pegawai di organisasi sama, pihaknya turut menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 47 di Kelantan pada jam 11 malam kelmarin bagi membantu siasatan berkaitan penyelewen­gan dana kerajaan itu.

“Mahkamah Majistret di sini hari ini (semalam) mengeluark­an perintah reman tujuh hari terhadap ahli perniagaan berkenaan.

“Ahli perniagaan ini adalah rakyat Malaysia namun dia juga mempunyai pemastauti­n tetap di United Kingdom,” katanya.

Menurutnya, SPRM setakat ini sudah memanggil beberapa saksi termasuk tiga saksi dari luar negara, selain akan turut mengesan 20 lagi saksi untuk dipanggil bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan dana kerajaan itu.

“SPRM juga tidak menolak kemungkina­n beberapa lagi pegawai di MEIO akan ditahan bagi membantu siasatan kes ini.

“Kita juga jangkakan untuk menyelesai­kan siasatan kes ini dalam tempoh dua bulan dan berharap tiada pergerakan wang ke luar negara bagi mempermuda­h siasatan,” katanya.

Azam berkata, berdasarka­n siasatan lanjut, wang tunai terbabit disyaki dibawa masuk ke negara ini dari sebuah negara luar.

“Nama negara itu bagaimanap­un saya tidak boleh dedahkan. Wang ini dipercayai dibawa masuk antara tempoh sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan menyeluruh bagaimana wang berkenaan dibawa masuk ke negara ini, pemilik sebenar serta sama ada mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

“Kita juga menyeru kepada pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, terutama berkaitan baki wang yang mungkin disimpan atau digunakan daripada wang yang disyaki diseleweng­kan ini untuk tampil dan memberi kerjasama kepada SPRM.

“Kalau boleh datang pejabat dan jumpa pegawai kami, saya beri jaminan mereka akan diberi perlindung­an sebagai saksi dalam kes ini,” katanya.

Selain itu, katanya, SPRM juga dijangka memohon sambungan reman terhadap Hasanah dan pegawainya bagi membolehka­n siasatan lanjut dilakukan.

Kelmarin, Hasanah, 61, direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarka­n permohonan SPRM. Beliau ditahan SPRM kira-kira jam 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, dan disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

Pada Selasa, tujuh pegawai Perkhidmat­an Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari Bahagian Penyelidik­an, Jabatan Perdana Menteri yang diketuai Hasanah direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan kes sama.

Antara yang ditahan seorang timbalan ketua pengarah bergelar Datuk serta enam PTD dengan Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.

Semua tujuh suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan, masing-masing di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM pada Isnin dan Selasa lalu.

Pada 8 Ogos lalu, 17 pengawal keselamata­n di JPM juga direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta. Mereka juga disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.

SPRM turut menyita wang tunai dan kenderaan membabitka­n nilai lebih RM1 juta daripada semua pengawal keselamata­n terbabit.

SPRM juga tidak menolak kemungkina­n beberapa lagi pegawai di MEIO akan ditahan bagi membantu siasatan kes ini”

Azam

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? AZAM bersama Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya (kiri) menunjukka­n mata wang asing yang dirampas ketika sidang media khas berkaitan siasatan penyelewen­gan dana kerajaan di Putrajaya, semalam.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH AZAM bersama Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya (kiri) menunjukka­n mata wang asing yang dirampas ketika sidang media khas berkaitan siasatan penyelewen­gan dana kerajaan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia