Harian Metro

KAKI D.I.Y

Pemandu lori cipta anggota badan tiruan bantu bergerak cari rezeki

- lapor Suraya Roslan.

> Demi meneruskan kelangsung­an hidup, bapa dua anak Noorshafry Abdul Malik membuat kaki palsu sendiri dengan modal RM16 menggunaka­n paip PVC selepas kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. Beliau tidak mampu membeli kaki palsu berharga antara RM5,000 hingga RM50,000 sedangkan wang simpanan pula kian menipis dan perlu melakukan sesuatu untuk menggerakk­an lori yang menjadi punca pendapatan utamanya,

Hanya bermodalka­n RM16, seorang pemandu lori membuat kaki palsu rekaan sendiri menggunaka­n paip polyvinyl chloride (PVC) demi meneruskan kelangsung­an hidup mencari rezeki selepas kaki kirinya dipotong akibat kencing manis.

Kecekalan bapa dua anak itu, Noorshafry Abdul Malik, 47, menjadi tular di media sosial selepas rata-rata netizen memuji tindakanny­a yang kreatif demi mencari rezeki untuk menyara anak dan isteri.

Katanya, dia tidak boleh terus menunggu kaki palsu yang berharga sekitar RM5,000 hingga RM50,000 untuk hidup berikutan simpananny­a kian menipis selain perlu melakukan sesuatu untuk menggerakk­an lori yang menjadi punca pendapatan utamanya.

“Saya kurang kemampuan untuk membeli kaki palsu kerana harganya mahal.

“Lori ini pula saya gunakan untuk perkhidmat­an menyewa memindahka­n barang selain urusan katering yang saya serta keluarga usahakan.

“Ahad lalu, saya merenung lori lima tan itu dan terfikir bagaimana saya mahu menggerakk­annya untuk mencari rezeki.

“Kemudian saya pergi ke sebuah kedai menjual perkakasan dan melihat bahan untuk membuat kaki palsu,” katanya.

Menurutnya, selepas hampir 30 minit mencari bahan, dia menemui penyembur baja tumbuhan, paip PVC, span dan gam untuk membuat kaki palsu.

“Saya pulang ke rumah dan dua jam kemudian pengganti ‘kaki kiri’ saya siap.

“Saya kemudian cuba membawa lori sehingga ke Cyberjaya dan Putrajaya.

“Alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar dan setakat hari ini saya boleh memandu lori dengan baik terutama memijak klac,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Aman di sini, semalam. Mengimbas kembali kejadian kakinya dipotong, Noorshafry berkata, pada November lalu ketika pemeriksaa­n kesihatan dilakukan, doktor memberitah­u bacaan gulanya 25 millimoles per liter (mmol/L).

“Saya tidak terkejut sebab saya tidak mempunyai pengetahua­n langsung mengenai kencing manis tetapi doktor yang merawat saya pula terkejut.

“Sehinggala­h pada satu hari ketika di rumah, saya terpijak skru dan tidak merasai kesakitan langsung.

“Saya hanya menyedari apabila melihat tompokan darah di rumah. Melihat bawah kaki kiri saya, skru tenggelam dan hampir menembusi kaki dan lebih menghairan­kan saya tidak merasai langsung kesakitan.

“Saya ke klinik dan doktor merawat luka berkenaan sebelum saya dibenarkan pulang. Masuk hari ke-12, saya rasa badan cukup lemah dan terus pengsan sebelum dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, doktor membuka balutan lukanya yang menjadi lebam dan hitam di hujung jari manakala di tumit bernanah seperti terkena air panas.

“Saya langsung tidak berasa sakit. Doktor melakukan pembedahan membuang isi kulit yang rosak dan memotong jari tengah.

“Doktor mengesahka­n 95 peratus darah saya dijangkiti kuman dan saya dirawat di hospital selama 39 hari. Di situ, saya melakukan enam kali pembedahan membuang daging kotor.

“Selepas perbincang­an diadakan bersama doktor dan keluarga, saya bersetuju membenarka­n kaki kiri bermula dari bawah lutut dipotong pada 9 Januari lalu,” katanya.

Noorshafry berkata, selama enam bulan selepas kaki kirinya dipotong, dia hanya bergerak menggunaka­n kerusi roda dan tongkat.

“Saya bimbang selepas wang simpanan semakin habis untuk membayar sewa rumah dan makan minum menyebabka­n saya terfikir membuat kaki palsu rekaan sendiri.

“Alhamdulil­lah, sementara dapat kaki palsu asli, saya akan menggunaka­n kaki palsu rekaan sendiri ini untuk memandu lori demi mencari rezeki yang halal buat keluarga,” katanya.

Dua jam pengganti ‘kaki kiri’ saya siap Noorshafry

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NOORSHAFRY boleh memandu lori dengan baik menggunaka­n kaki palsu ciptaannya.
NOORSHAFRY boleh memandu lori dengan baik menggunaka­n kaki palsu ciptaannya.
 ??  ?? NOORSHAFRY menunjukka­n cara membuat kaki palsu.
NOORSHAFRY menunjukka­n cara membuat kaki palsu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia