Harian Metro

‘Peram’ noda RM30,000

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Pekerja sorok duit stesen minyak dalam masjid

Curi dan sorok duit milik majikan berjumlah lebih RM30,000 di dalam masjid. Itu tindakan seorang pekerja stesen minyak yang membuat laporan polis palsu kononnya dirompak ketika membawa wang milik syarikat itu ke bank.

Bagaimanap­un, helah itu tidak menjadi apabila pemuda berusia 24 tahun itu ditahan polis selepas membuat laporan palsu di Balai Polis Bukit Puchong, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki itu yang memaklumka­n dia disamun ketika membawa wang tunai milik majikannya untuk dimasukkan ke dalam akaun bank, Isnin lalu.

“Suspek mendakwa dia disamun ketika berada di persimpang­an lampu isyarat Puchong Perdana di sini, sebelum membuat laporan jam 4.30 petang pada hari yang sama.

“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis melakukan siasatan terhadap lelaki terbabit dan mendapati wujud keraguan dalam keterangan­nya,” katanya. Mohammad Azlin berkata, siasatan dilakukan mendapati suspek membuat laporan palsu berhubung kejadian samun yang tidak berlaku.

“Suspek dibawa ke Masjid Assalam, Puchong Perdana dan menunjukka­n lokasi dia menyimpan wang berkenaan jam 8 malam, Isnin lalu.

“Pemeriksaa­n terhadap masjid berkenaan menemui satu beg mengandung­i wang tunai berjumlah RM32,070 yang disorokkan di dalam sebuah bilik.

“Suspek memaklumka­n dia sudah biasa dengan persekitar­an masjid berkenaan menyebabka­n masjid itu dijadikan sebagai lokasi menyorokka­n wang tunai itu,” katanya yang memaklumka­n suspek tidak mengetahui jumlah sebenar wang tunai di dalam beg itu.

Beliau berkata, suspek terbabit tidak ditahan sebaliknya menunggu arahan untuk dituduh di mahkamah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, kejadian itu adalah kes kedua diterima pihaknya membabitka­n laporan palsu, tahun ini.

“Polis memberi amaran, mana-mana pihak yang membuat laporan palsu akan diambil tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.

 ??  ?? LOKASI beg mengandung­i wang tunai (gambar kecil) milik majikan suspek yang disorok.
LOKASI beg mengandung­i wang tunai (gambar kecil) milik majikan suspek yang disorok.
 ?? Mohammad Azlin Sadari ?? Suspek memaklumka­n dia sudah biasa dengan persekitar­an masjid berkenaan menyebabka­n masjid itu dijadikan sebagai lokasi menyorokka­n wang tunai itu”
Mohammad Azlin Sadari Suspek memaklumka­n dia sudah biasa dengan persekitar­an masjid berkenaan menyebabka­n masjid itu dijadikan sebagai lokasi menyorokka­n wang tunai itu”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia