Harian Metro

Najib tidak ingat butiran cek ditandatan­gani

-

Kuala Lumpur: Kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, semalam dipercayai untuk memberi keterangan berhubung transaksi pembayaran khemah dan katering bagi satu majlis politik yang berlangsun­g di Pekan, Pahang pada 2011.

Bekas Perdana Menteri itu hadir kali kedua ke unit berkenaan selepas dipanggil pada Isnin lalu.

Beliau dilaporkan hadir bersama peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kira-kira jam 10 pagi untuk memberi keterangan mengenai 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan proses transaksi kewangan yang berlaku pada 2011.

Sumber berkata, selain siasatan 1MDB, pertemuan pada Isnin lalu dan semalam turut mempunyai kaitan transaksi berhubung pembayaran khemah dan katering bagi satu majlis politik di Pekan, kira-kira tujuh tahun lalu.

“Pertemuan hari ini (semalam) berlangsun­g selama sejam mengenai 1MDB serta isu bayaran khemah dan katering di kawasan Parlimen Pekan, bagaimanap­un butiran terperinci tidak dapat didedahkan kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

“Pada pertemuan sebelum ini (Isnin lalu) Najib tidak dapat mengingati mengenai cek yang ditandatan­ganinya disebabkan pembayaran itu dibuat tujuh tahun lalu,” katanya.

Katanya, selepas semakan dibuat, dokumen yang boleh menyokong tindakan transaksi itu masih disimpan Najib dan dibawa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia