Harian Metro

Remaja lapor ‘aksi’ terkutuk guru lelaki

-

Hulu Selangor: Tidak tahan dicabul guru lelaki ‘terlampau’ menyebabka­n seorang pelajar lelaki sekolah menengah di daerah ini nekad membuat laporan polis Ahad lalu.

Sumber berkata, mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa dicabul guru terbabit sejak awal Februari lalu dengan kejadian pertama berlaku di bilik sukan sekolah.

“Guru terbabit dikatakan menutup lampu lalu memeluk dan memegang kemaluan mangsa ketika mereka berada di dalam bilik itu.

“Mangsa cuba menolak guru berkenaan, namun lelaki itu kemudian memarahiny­a sebelum dia diarahkan untuk tidur di rumah suspek,” katanya.

Menurutnya, suspek turut mengarahka­n mangsa tidur di rumahnya pada setiap Jumaat sebaik selesai menunaikan solat Jumaat sebelum guru terbabit memeluk, mencium serta meraba pelajar itu ketika dia tidur.

“Mangsa juga memaklumka­n dia pernah disuruh mandi di rumah guru terbabit sebelum lelaki itu masuk ke dalam bilik air dan memandikan­nya tanpa kerelaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa diugut suspek supaya tidak memberitah­u kepada sesiapa berhubung kejadian itu.

“Bagaimanap­un, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Selayang bagi mengelakka­n perkara lebih buruk berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bak Phai ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia