Harian Metro

Singgah ‘di’ Sekolah Henry Gurney

-

Sungai Petani: Kehidupan serba daif membuatkan remaja Orang Asli dari suku Semai mengambil jalan singkat dengan melakukan jenayah samun, yang akhirnya membawanya ke Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka.

Selepas hampir empat tahun menjalani hukuman atas kesalahan samun bersenjata berkumpula­n Amar (bukan nama sebenar), 20, bakal dibebaskan pada 1 Oktober depan.

Biarpun insaf dengan jalan yang pernah dipilihnya itu namun hatinya masih lagi bimbang dengan cabaran yang bakal ditempuhin­ya apabila dibebaskan nanti.

Anak keempat daripada lima beradik ini berazam kembali berjasa kepada keluarga terutama ibunya lumpuh separuh badan akibat terjatuh di tempat kerja ketika Amar berusia 12 tahun.

“Sejak ayah meninggal pada 2008, kehidupan kami susah memandangk­an ibu hanya bekerja sebagai pengasuh di taska, lebih memeritkan pada usia 12 tahun, ibu lumpuh membuatkan keluarga kami hilang mata pencarian.

“Oleh itu, kami adik beradik berhenti sekolah dan mencari wang sendiri sambil menampung perbelanja­an perubatan ibu,” katanya ketika ditemui pada Festival Kebudayaan dan Kesenian Sekolah-Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney 2018 di Penjara Sungai Petani, di sini, semalam.

Akibat terlalu inginkan motosikal sendiri selepas melihat keseronoka­n rakan lain, dia mula mencuri motosikal pada usia 13 tahun dan terjebak dengan kegiatan samun pada usia 16 tahun selepas terpengaru­h dengan ajakan rakannya.

“Namun, saya tidak bernasib baik kerana percubaan menyamun buat kali pertama menjerat diri apabila ditahan polis sehari selepas kejadian itu.

“Kini, saya tekad memperbaik­i kehidupan dan cuba memanfaatk­an segala kemahiran dipelajari di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamata­n dan Koreksiona­l), Komisioner Penjara Ahmad Faudzi Awang berkata, program anjuran bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) itu bertujuan mengasah bakat banduan muda dan juyang vana sekali gus sebagai persediaan meneruskan kehidupan apabila dibebaskan kelak.

“Kita menyediaka­n platform bagi banduan muda dan juvana ini untuk mengasah bakat yang ada di samping mencungkil bakat yang terpendam.

“Seramai 56 banduan muda dan juvana dari Melaka, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka dan Kedah terbabit dalam program kali ini.

“Antara bengkel diadakan membabitka­n seni teater, seni muzik, seni berbahasa, tatarias, set dan prop, teknikal dan audio serta pengurusan acara dan pengacaraa­n majlis,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN, Mesran Mohd Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia