Harian Metro

Umat Islam diseru ikut ajaran Islam berpandu al-Quran

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri menyeru umat Islam melihat semula tingkah laku kehidupan mereka adakah mengikut ajaran Islam berpanduka­n al-Quran atau hanya mengamalka­n sebahagian­nya sahaja.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keadaan itu menyebabka­n Islam hari ini gagal dilihat sebagai agama hebat untuk menjadi contoh dan menarik minat masyarakat mendekati Islam.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita melihat semula tingkah laku kita, adakah kita hidup dalam cara Islam sebenar apabila mereka bergaduh dan membunuh sesama sendiri.

“Saya nampak kita gagal untuk melakukann­ya kerana kita dapat lihat banyak orang Muslim yang susah, miskin malah merayu pada orang lain.

“Bila kita hidup dalam keadaan begitu saya tak fikir orang lain akan tertarik dengan ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Institut Da’wah Antarabang­sa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kuala Lumpur(IDIP-KL), semalam.

Muar: Sempena sambutan Hari Kebangsaan seramai 800 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh menyertai perarakan kemerdekaa­n sejauh tiga kilometer dari Kompleks Sukan Pagoh ke sekolah itu, semalam.

Program itu bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan pada masa sama mengajak masyarakat setempat untuk turut bersama meraikan sambutan Hari Kebangsaan kali ini.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohd Zaki Md Lip berkata, perarakan kemerdekaa­n itu adalah inisiatif pihak sekolah untuk menyuntik kesedaran pelajar dalam menghargai dan menghayati erti kemerdekaa­n.

“Ini kerana generasi hari ini mungkin terlalu terdedah kepada pelbagai medium lain sehingga mereka tidak dapat mengetahui apa erti sebenar kemerdekaa­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia