Harian Metro

AYAT SUCI ATAS KAYAK Surah Al-Naml jadi pilihan

- Balqis Jazimah Zahari cnews@nstp.com.my

Parit

Tidak seperti biasa, satu daripada program World #QuranHour di Perak menampilka­n kelainan apabila ayat suci itu dibaca secara beramai-ramai termasuk wakil dari Brunei di atas kayak di Sungai Perak, semalam.

Program itu dijayakan peserta program XPDC

Kayak Kembara Merdeka Gabungan Malaysia Brunei (MALBRUN) sempena Hari Kebangsaan bertemakan Sayangi Malaysiaku.

Kumpulan itu diketuai pendayung kayak solo negara, Murad Mohd

Hashim, bersama 20 pendayung termasuk enam pendayung kayak solo dari Brunei, lapan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh dan empat dari Politeknik Ungku Omar (PUO).

Melalui program dijayakan dengan kerjasama Unit Sekretaria­t Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) IPG Kampus Ipoh itu, semua pendayung merapatkan kayak masing-masing ke gigi

air di Pulau Tepus di tengah aliran sungai berkenaan sebelum membacakan al-Quran selama sejam bermula jam 10.15 pagi.

Program itu turut disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook (FB) seorang pendayung ekspedisi iaitu Rodzuan Ramli.

Penyelaras ekspedisi berkenaan, Ramli Ahmad Rozali berkata, semua pendayung itu memulakan dayungan dari perhentian Kampung Bekor, Kem Rekuda Manong, Kuala Kangsar pada jam 8.45 pagi dan singgah di pulau berkenaan.

“Mereka yang sebenarnya dalam perjalanan ke Pulau MISA Melayu mengambil kesempatan untuk singgah di pulau itu bagi membaca ayat suci al-Quran selama satu jam sempena World #QuranHour.

“Sebaik tiba mereka terus merapatkan kayak masing-masing di gigi air pulau itu dan mula membaca al-Quran bermula jam 10.15 pagi hingga 11.15 pagi,” katanya di sini, semalam.

Ramli berkata, kesemua pendayung berlepas ke perhentian di Jambatan Nordin pada jam 2 petang bagi meneruskan XPDC MALBRUN dan tiba di perhentian Cempaka Sari dengan disambut oleh Penyelaras Parlimen Parit, Datuk Tarmizi Mohd Jan.

“Peserta kemudian ke Pulau MISA Melayu sebelum mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan bersama penduduk kampung di pulau itu, selain menjayakan program ambang merdeka,” katanya.

XPDC MALBRUN bermula kelmarin, dengan pendayung berlepas dari USAS Resort di Kuala Kangsar pada jam 11.30 pagi ke Kampung Bekor. Shah Alam: Surah Al-Naml yang dipilih sebagai aktiviti berinterak­si dengan al-Quran bagi Malaysia #QuranHour kali keempat semalam bersesuaia­n dengan sambutan Hari Kebangsaan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, dengan bertemakan Sembilan Budaya Membina Tamadun, sesi tadabbur Surah Al-Naml memfokuska­n pembinaan tamadun Malaysia melalui pembentuka­n kerangka fikir dan tindakan golongan pemimpin dan masyarakat berbilang kaum berpanduka­n al-Quran, selaras dengan prinsip Rukun Negara dan #sayangiMal­aysiaku.

“Ayat 15 hingga 44 mengetenga­hkan kaedah membangun tamadun dalam membina sistem pentadbira­n sesebuah keluarga, komuniti, organisasi dan negara.

“Melalui sesi tadabbur surah itu, diharapkan golongan ibu bapa dan pemimpin pelbagai peringkat lebih serius membina negara berasaskan budaya tamadun tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini yang menjadi lokasi utama berinterak­si dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Marhaini berkata, program yang bermula 10.30 pagi hingga 1 tengah hari itu diadakan serentak di seluruh tanah air dan di luar negara termasuk Makkah dan Madinah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61.

“Sehingga semalam, 1,393 lokasi di dalam negara, manakala 18 lokasi dari 16 negara luar berdaftar untuk menganjur Malaysia #Quranhour,” katanya.

Acara terbabit turut disertai Menteri

Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri Besar, Amirudin Shari; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim.

Marhaini berkata, acara disertai kira-kira 3,000 perserta itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Mohd Tamyes dan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5 oleh Maszlee.

“Ia diikuti Solidariti Quran untuk memberi peluang setiap orang untuk membaca Al-Quran dalam bentuk halaqah selama lima minit.

“Sesi berinterak­si dengan al-Quran melalui tadabbur dan tazakkur (QTT) daripada Surah Al-Naml adalah kemuncak aktiviti Malaysia #QuranHour untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia bagi mengukuhka­n negara dengan nilai mulia daripada al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya berkata, membaca Al-Quran perlu dijadikan budaya dalam menunjukka­n kesyukuran kepada Allah terhadap sesuatu perkara yang diperolehi.

“Sepatutnya bacaan Al-Quran dijadikan budaya dalam masyarakat malah daripada dulu lagi sepatutnya berteraska­n Al-Quran dalam apa juga pembentuka­n keluarga masyarakat dan negara, bukan sahaja sebagai budaya merdeka,

Aktiviti Malaysia #QuranHour turut menarik perhatian pelancong asing yang berkunjung ke masjid berkenaan.

Seorang pelancong dari Shanghai China, Tiffany Wong, 25, ketika ditemui teruja melihat acara keagamaan umat Islam.

“Saya datang ke sini bersama ibu dan rakan-rakan untuk melihat Masjid Biru (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) yang cantik ini, kebetulan ada acara ini,” katanya.

„ Pendayung XPDC MALBRUN tampil kelainan di Sungai Perak

 ??  ?? Mereka yang sebenarnya dalam perjalanan ke Pulau MISA Melayu mengambil kesempatan untuk singgah di pulau itu bagi membaca ayat suci al-Quran selama satu jam”
Mereka yang sebenarnya dalam perjalanan ke Pulau MISA Melayu mengambil kesempatan untuk singgah di pulau itu bagi membaca ayat suci al-Quran selama satu jam”
 ??  ?? PENDAYUNG program XPDC MALBRUN singgah di tengah Pulau Tepus di perairan Sungai Perak, Parit untuk mengadakan bacaan ayat suci selama satu jam secara langsung sempena World #QuranHour.
PENDAYUNG program XPDC MALBRUN singgah di tengah Pulau Tepus di perairan Sungai Perak, Parit untuk mengadakan bacaan ayat suci selama satu jam secara langsung sempena World #QuranHour.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia