Harian Metro

Pemberat neraca amal

-

„ Zikir mudah dilakukan dengan ganjaran sungguh lumayan

Saya pernah dengar ada seorang ustaz beri amalan zikir yang mempunyai pahala yang besar. Saya tidak berapa ingat tetapi sangat berharap dapat bacaan zikir itu.

Haris, Bangi

Berzikir sememangny­a mempunyai ganjaran yang sangat luar biasa.

Walaupun ia amalan yang ringan di mulut tetapi mempunyai ganjaran pahala yang sangat lumayan.

Allah SWT akan mengingati hamba-hamba-Nya yang berzikir kepada-Nya.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 yang bermaksud: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pasti akan ingat kepadaMu. Bersyukurl­ah kepadaKu, janganlah kamu kufur ingkar kepada-Ku.”

Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba-Ku yang mengingati-Ku.” (Riwayat al-Bukhari)

Saya tidak pasti zikir yang mana saudara maksudkan. Mungkin saya boleh menyebut beberapa zikir yang dijamin mendapat ganjaran yang sangat besar.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan, terdapat dua kalimat yang ringan diucapkan di lisan, dicintai oleh Allah yang Maha Merahmati, berat pada timbangan iaitu

Di akhirat nanti semua amalan kita akan ditimbang. Sekiranya amalan kebaikan kita lebih berat berbanding kejahatan, kita akan dimasukkan ke dalam syurga.

Sekiranya amalan kejahatan lebih berat berbanding amalan kebaikan, kita akan dihumban ke dalam neraka.

Mengapa kita tidak amalkan saja zikir

kerana zikir itu boleh memberatka­n timbangan amalan kebaikan kita.

Perkara itulah yang kita sangat harapkan. Dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Abid Dunya, an-Nasa’I, At Tabrani dan al-Nazzar menyebut, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalka­n suatu amalan sebesar Gunung Uhud?”

Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud?” Nabi SAW bersabda: “Kamu semua mampu.”

Mereka bertanya: “Bagaimana caranya?” Baginda bersabda: “Ucapan

lebih besar pahalanya daripada Gunung

Uhud, ucapan

lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan

lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan lebih besar daripada Gunung Uhud.”

Mungkin kita tidak terbayang sebenarnya kalimah zikir itu mempunyai nilai pahala lebih besar daripada Gunung Uhud.

Hatta sekiranya anda suka pergi membeli-belah, anda juga mampu meraih sejuta pahala dan dihapuskan sejuta dosa serta anda akan dibangunka­n sebuah rumah di dalam syurga dengan syarat sebelum masuk ke pasar bacalah doa yang diajar Baginda SAW: “Sesiapa yang mengucapka­n ketika masuk pasar:

nescaya Allah akan menulis untuknya sejuta pahala kebaikan, dihapuskan untuknya sejuta keburukan dan dibangunka­n untuknya rumah di syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kalau anda hendak pokok kurma di syurga, ada zikir yang sekiranya anda baca akan dibalas dengan pokok kurma.

Sebagaiman­a yang diketahui, buah kurma mempunyai keberkatan antaranya dapat menguatkan tubuh badan, menyembuhk­an penyakit dan sebagainya.

Ada caranya untuk kita ‘menanam’ pokok kurma yang nanti akan dapat kita nikmati hasilnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berkata

maka akan ditanam untuknya sepohon kurma di syurga.”

Bayangkan kalau kita mengucapka­n berkali-kali sudah tentu akan memiliki ladang kurma di syurga.

Ada sebuah hadis riwayat Ahmad dan lain-lain menyebut, Ummul Mukminin Juwairiyah binti alHarith pada satu hari,

Nabi berjalan melaluinya pada waktu Subuh untuk keluar kerana ada keperluan.

Sedangkan Juwairiyah berada di tempat solatnya. Kemudian setelah hampir tengah hari, Nabi pulang dan melaluinya lagi, Baginda bertanya kepadanya: Engkau masih seperti tadi?”

Beliau menjawab: “Ya.” Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu saya ajar beberapa kalimah kalau kamu hendak timbang dengan semua tasbih yang kamu ucapkan tadi nescaya ia menyamainy­a iaitu

kali),

(tiga kali),

(tiga kali),

(tiga kali). Begitulah antara zikir yang boleh diamalkan. Walaupun kelihatan ringan, ia dijamin mendapat pahala sangat besar.

Penulis ialah pendakwah

(tiga jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhn­ya, Kami perintahka­n orang-orang yang diberi kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahka­n) kamu iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka sesungguhn­ya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Surah an-Nisaa’, ayat 131)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia