Harian Metro

Mohon supaya Allah penuhi impian

-

Ada juga mengharapk­an dikurniaka­n kesembuhan daripada penyakit dan keluar daripada masalah kewangan.

Walaupun setiap orang berusaha mencapai keinginan dalam hidup, tidak semua berjaya mencapai keinginann­ya.

Ada orang selepas banyak kali berusaha barulah berjaya memperoleh keinginan yang mereka mahukan.

Perhatikan sejarah usahawan hebat yang banyak memberi sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat.

Kebanyakan mereka tidak berjaya pada percubaan awal. Hanya selepas banyak kali mencuba, barulah kejayaan menjelma.

Apabila belum mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup, bersangka baiklah kepada Allah.

Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik untuk diri kita. Akal manusia terhad untuk ‘membaca’ masa hadapan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “…dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhn­ya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Surah al-A’raf, ayat 56)

Ramai orang kecewa apabila cinta berakhir separuh jalan. Ramai juga orang kecewa kerana mereka tidak bertemu dengan cinta sejati.

Apa yang kita tidak tahu, banyak kemungkina­n buruk boleh berlaku. Boleh jadi jika bertemu jodoh, jiwa kita menderita, menjadi mangsa keganasan rumah tangga atau suami mengabaika­n nafkah terhadap isteri.

Boleh jadi Allah SWT menangguhk­an hajat kita untuk mendengar lebih banyak rintihan dan doa.

Dia ingin kita meneliti kesempurna­an ibadat. Banyakkan lagi solat hajat, solat tahajud serta perbaiki setiap aspek keperibadi­an kita.

Barangkali Allah menangguhk­an hajat kita kerana ia hanya membawa kebaikan di dunia tetapi kecelakaan di akhirat.

Penulis pernah berjumpa dengan seorang rakyat Malaysia bekerja di negara jiran yang bergaji lumayan.

Malangnya, dia bekerja sebagai pencuci pinggan yang bergeluman­g dengan daging khinzir.

Sehubungan itu, apabila hajat belum kesampaian, usah berputus asa.

Mohon pada Allah ditunjukka­n jalan yang benar untuk mencapainy­a.

Yakinlah Allah menangguhk­an hajat kita untuk Dia berikan perkara yang lebih baik.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Bagi Allah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia