Harian Metro

Bayar sewa RM20,000 sebulan

-

Kuala Lumpur: Sewa kedai ‘cekik darah’ namun masih mampu dibayar golongan peniaga haram warga Bangladesh.

Itu hasil tinjauan rambang wartawan yang mendapati setiap unit kedai di sekitar jalan Silang di sini, disewa pada kadar lebih RM20,000 sebulan.

Setiap lot kedai itu memiliki sekurang-kurangnya empat jenis perniagaan berbeza dan penyewa berlainan membayar kadar sewa berasingan.

Ruangan paling besar di dalam premis dikenakan kadar sewa sekitar RM8,000 hingga RM10,000 sebulan manakala ruang kecil di bahagian belakang atau hadapan premis dikenakan sewa pada kadar semurah RM5,000. Malah, peniaga yang menyewa sudut untuk berniaga telefon pintar di hadapan premis turut dikenakan sewa sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan.

Seorang peniaga warga Bangladesh yang hanya mahu dikenali sebagai

Kamal, 38, berkata, sewa yang mahal menyebabka­n mereka mengambil keputusan mempelbaga­ikan barang jualan termasuk berniaga rokok dan ubat-ubatan seludup.

Menurutnya, selain menjual barangan runcit terutama makanan diimport dari negara asal Bangladesh, mereka turut membekalka­n pelbagai ubat-ubatan kepada warga asing yang bekerja di negara ini.

“Biasanya mereka tidak mampu pergi ke klinik swasta kerana kos rawatan yang mahal. Jadi mereka akan ke sini membeli ubat-ubatan apabila sakit.

“Selalunya pelanggan datang untuk dapatkan ubat sakit lelah, sakit sendi, demam atau sakit kulit. Ubat tak mahal..tak sampai RM10,” katanya.

Dia bagaimanap­un menyedari tindakan menjual ubat-ubatan tanpa kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.

“Sebab itu kami sorok ubat ini dah hanya jual pada orang tertentu. Jual ubat ini boleh untung sebab ada berjuta warga asing di negara ini perlukan ubat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia