Harian Metro

Berjaya kumpul RM800,000

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

„ Tabung Madrasah Impianku dilancar Econsave dengan kerjasama MyCARE, PINTA lepasi sasaran

Tabung Madrasah Impianku yang dilancarka­n oleh Pasaraya Econsave Cash And Carry dengan kerjasama Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Persatuan Intitusi Tahfiz Al Quran Negeri Johor (PINTA) berjaya mengumpul dana sejumlah RM800,000 sejak dilancarka­n empat bulan lalu.

Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, pada awalnya pihaknya menyasarka­n sumbangan RM500,000, tetapi gembira dengan sambutan cukup baik daripada masyarakat hingga berjaya mengumpul lebih banyak daripada itu.

Katanya, pihaknya terharu dengan sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat terhadap usaha pihaknya mengutip dana bagi memperting­katkan ciri keselamata­n, sekali gus mencegah risiko ancaman kebakaran di madrasah.

“Masyarakat sedar kebanyakan pengurusan madrasah tidak mampu memperting­katkan ciri keselamata­n bangunan hingga memberi ruang kepada kejadian tidak diingini berlaku seperti kejadian kebakaran di madrasah tertentu hingga meragut nyawa pelajar.

“Sehingga kini, sebanyak 34 madrasah terpilih di Johor menyerahka­n senarai keperluan mereka dan kami dalam proses mendapatka­n sebut harga daripada lebih 10 pembekal peralatan pencegahan kebakaran.

“Ia termasuk pengesan asap, pengesan kebocoran gas, pemadam api, lampu kecemasan, papan tanda keluar, siren kecemasan, kotak kunci keselamata­n dan peti kecemasan.

“Agihan akan dilakukan dalam tempoh terdekat dan sekiranya mempunyai lebihan akan disalurkan ke madrasah di Melaka dan negeri lain,” katanya.

Mas Imran berkata, setiap madrasah akan menerima sumbangan peralatan bernilai hingga RM10,000 mengikut keperluan masing-masing demi memperting­katkan ciri keselamata­n, sekali gus mencegah risiko ancaman kebakaran.

Sementara itu, Pengerusi MyCARE Johor, Profesor Madya Dr Mohd Zin Kandar, berkata pihaknya yang mengurus dana yang dikumpul akan menjalanka­n tinjauan ke madrasah yang tersenarai dan jumlah dana yang bakal diagihkan bergantung kepada keperluan sesebuah madrasah.

Katanya, pihaknya menjangka program berkenaan akan dilaksanak­an mulai hujung bulan ini di beberapa madrasah terpilih.

“Kami berharap kelengkapa­n bagi meningkatk­an ciri keselamata­n di madrasah akan digunakan dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerjasama julung kali kami bersama PINTA dan diharap ia berterusan pada program pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? MAS Imran (dua dari kiri) menunjukka­n Tabung Madrasah Impianku yang berjaya mengumpul RM800,000.
MAS Imran (dua dari kiri) menunjukka­n Tabung Madrasah Impianku yang berjaya mengumpul RM800,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia