Harian Metro

Econsave tampil sebagai syarikat penyayang

-

Johor Bahru: Sejak lebih lapan tahun lalu, Pasaraya Econsave kerap turun padang bagi melakukan aktiviti kemasyarak­atan menerusi pelbagai program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Pencapaian syarikat berkenaan dalam membantu komuniti setempat membolehka­nnya diiktiraf sebagai Syarikat Penyayang peringkat negeri oleh Iskandar Malaysia, baru-baru ini.

Pengurus Operasi Econsave, Mas Imran Adam berkata, antara program CSR utama yang dijalankan pihaknya adalah mengumpulk­an RM2.6 juta bagi pembinaan sekolah di Gaza, Palestin.

Katanya, dikenali sebagai Sekolah Alfalah yang terletak di Gaza ia kini sudah beroperasi dan menempatka­n 1,500 murid termasuk anak-anak yatim.

“Penghujung tahun lalu, Econsave juga mengutip RM250,000 bagi mengisi Tabung Rohingya untuk diserahkan kepada pelarian Rohingya yang menetap di Bangladesh.

“Kami sedang menjalanka­n usaha mengutip dana bagi tabung Lombok yang mencecah kutipan RM100,000 sehingga kini,” katanya.

Mas Imran berkata, pihaknya turut bekerjasam­a dengan lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri Johor untuk menjayakan Program Amal Muafakat Johor dengan melelong pakaian dan barangan terpakai hasil sumbangan pelbagai pihak.

“Kutipan diterima hampir RM200,000 dan ia sudah diserahkan kepada pihak memerlukan, termasuk menampung kos pembedahan pesakit dan membaik pulih rumah usang.

“Kami juga menyelami masalah golongan daif apabila melawat rumah mereka bagi menghulurk­an sumbangan barangan dapur dan sebagainya. “Ia termasuk sumbangan

kepada individu kurang bernasib baik dengan pemberian baucer membeli-belah bernilai RM1,000 hingga RM2,000. Ia juga bertujuan meringanka­n beban pihak berkenaan selain memupuk sikap penyayang dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Selain itu, Econsave juga giat membantu 1,000 keluarga kurang bernasib baik di seluruh negara sejak awal tahun. Antara golongan yang dibantu termasuk orang kurang upaya (OKU), daif, ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik.

Bantuan diberi termasuk menyampaik­an sumbangan one-off ketika setiap musim perayaan Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Kata Mas Imran, pihaknya bersyukur kerana dapat berkongsi kemeriahan sambutan setiap perayaan bersama golongan seumpama itu, malah turut mengunjung­i pesakit kronik di kediaman mereka.

“Selain menyampaik­an sumbangan barangan, kami juga memberi semangat moral kepada mereka supaya lebih tabah meneruskan kehidupan.

“Baru-baru ini kami berkunjung ke rumah bayi lelaki, Izzakif Aisy Iffat berusia tujuh bulan yang dilahirkan dengan masalah kaki bengkok atau congenital talipes equinovaru­s (CTEV) bilateral clubfoot di Kulai.

“Kunjungan itu diadakan hasil maklumat melalui laman sosial WhatsApp. Kisah bayi berkenaan yang tular di laman sosial mendorong kami menghulurk­an sumbangan.

“Kami juga membantu ratusan keluarga yang mana kisah mereka tular di media sosial dan berharap dapat meneruskan aktiviti amal seumpama ini serta memupuk semangat kesukarela­wan,” katanya.

 ??  ?? KELUARGA bayi Izzakif menerima sumbangan barangan daripada Econsave yang disampaika­n Mas Imran (kiri).
KELUARGA bayi Izzakif menerima sumbangan barangan daripada Econsave yang disampaika­n Mas Imran (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia