Harian Metro

Menangis setiap hari

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

„ Kematian kucing kesayangan bantu Hazama hidupkan watak

Kematian kucing kesayangan berjaya membantu penyanyi popular, Hazama menghidupk­an watak sebagai Ammar dalam drama Ammar & Opie arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Dalam drama itu, Hazama, 34, terpaksa menangis hampir setiap hari dalam tempoh dua bulan menjalani penggambar­an.

“Ketika saya hampir kecewa memikirkan bagaimana nak menangis untuk menghidupk­an watak dilakonkan, kematian Cha sangat membantu.

“Perasaan sedih yang mendalam di atas kematianny­a sangat berbekas di hati saya dan rasa itu saya berjaya ‘kunci’ untuk merealisas­ikan watak Ammar,” katanya yang kini turut aktif sebagai pelakon.

Hazama berkata, kucingnya itu sudah lama sakit dan doktor pun memberitah­u jangka hayatnya tidak panjang.

“Memang tak sangka kematian Cha adalah pertolonga­n Allah SWT kepada saya untuk melaksanak­an tanggungja­wab lakonan yang digalas.

“Saya belum pernah melalui detik kehilangan insan tersayang dan kematian Cha itu adalah yang pertama dapat merasai kesedihan mendalam,” katanya.

Hazama berkata, sebelum ini dia sering diberikan watak komedi, tetapi kali ini mencabar diri untuk bermain dengan emosi.

“Ia drama pertama lakonan saya untuk watak serius dan banyak bermain emosi yang meruntun jiwa. Walaupun ia mengisahka­n perjalanan hidup Ammar lakonan saya yang memburu impian menjadi penyanyi popular, tetapi begitu banyak permainan emosi di dalamnya.

“Dalam drama ini, saya perlu banyak menangis dan ia bukan mudah dilakukan hingga saya pernah terfikir silap membuat keputusan menerima tawaran berlakon.

“Ini kerana faktor utama saya setuju berlakon dalam drama Ammar & Opie itu hanya nak ambil peluang bekerjasam­a dengan Datuk Awie saja ,” katanya.

Menurut Hazama, walaupun Awie muncul sebagai penampilan istimewa, apa yang paling utama ‘rocker’ terkenal negara itu adalah idolanya.

“Saya memang tak pandang langsung soal bayaran. Apa yang saya inginkan ialah nak berlakon dengan Awie walaupun babak kami bertemu dilakukan di Golok, Selatan Thailand. Ia banyak membawa pengalaman baru untuk saya termasuk puas dengan watak dilakonkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia