Harian Metro

Munafik 2 kutip RM2.05j dalam tayangan awal

-

Kuala Lumpur: Filem Munafik 2 terbitan Skop Production­s Sdn Bhd mencetus sejarah apabila mencatat kutipan sebanyak RM2.05 juta dalam tayangan awal kelmarin, sekali gus menewaskan filem fenomena Hantu Kak

Limah yang mencatat kutipan tayangan awal sebanyak RM650,000, baru-baru ini.

Kutipan tayangan hari pertama Hantu Kak Limah sebanyak RM1.1 juta juga gagal menyaingi kutipan awal Munafik 2 yang memulakan tayanganny­a semalam.

Penerbit Munafik 2 Datuk Yusof Haslam ketika dihubungi berkata, jumlah itu adalah di luar jangkaan pihaknya.

“Ia jarang berlaku. Untuk

kebiasaann­ya kutipan hanya boleh mencecah RM500,000 atau RM600,000. Saya bersyukur kerana secara tak langsung ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem, sekali gus memberi sokongan kepada filem tempatan,” katanya kepada Harian Metro.

Yusof turut berterima kasih kepada pengarah Hantu Kak Limah, Mamat Khalid yang membuka pintu kepada peminat kembali ke pawagam menonton filem tempatan.

“Saya tidaklah terlalu berharap Munafik 2 mencecah jumlah kutipan setinggi Hantu Kak Limah yang kini melebihi RM32 juta. Jika dapat mencatat kutipan sama seperti Munafik yang pertama sebanyak RM19 juta pun saya sudah berpuas hati,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berharap supaya penggiat filem tempatan akan terus menghasilk­an karya berkualiti dan mencuri hati peminat filem semula.

Filem arahan dan lakonan Syamsul Yusof ini turut menampilka­n lakonan hebat Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir

Bilal Khan dan ramai lagi.

 ?? Yusof Haslam ?? Saya bersyukur kerana secara tak langsung ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem, sekali gus memberi sokongan kepada filem tempatan”
Yusof Haslam Saya bersyukur kerana secara tak langsung ramai peminat filem kembali ke pawagam untuk menonton filem, sekali gus memberi sokongan kepada filem tempatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia