Harian Metro

Bertukar tangan

- Razif Rosli cnews@nstp.com.my

„

Unit Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah milik penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias diserahkan secara rasminya kepada pengurusan baharu, Pusat Pengajian Al-Ulya, semalam.

Penyerahan rasmi itu sekali gus menyelesai­kan kemelut yang melanda pusat tahfiz berkenaan sejak Julai lalu berikutan masalah kewangan dihadapiny­a.

Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, semua guru, pelajar dan kakitangan di unit tahfiz berkenaan akan diuruskan pengurusan baharu dan sesi pembelajar­an diteruskan seperti biasa.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata, pihaknya hanya akan menumpukan kepada penubuhan asal Al Barakah iaitu pengajian pondok yang kini mempunyai ratusan pelajar.

“Pengurusan Al Ulya boleh menggunaka­n apa saja kemudahan dan harta benda sedia ada dalam bangunan ini tanpa sebarang caj dikenakan, namun pemilik bangunan tetap milik Al Barakah.

“Perjanjian yang kita tandatanga­ni ini membabitka­n pengambila­lihan pelajar, bangunan, perbelanja­an mengurus dan lain-lain di bawah tanggungan Al Ulya.

“Bagi perjanjian pengurusan bangunan saja kita ikat kontrak selama tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Penyerahan Unit Tahfiz Al Barakah kepada Pusat Pengajian Al Ulya di Dewan Annuar Mat Taib Pusat Pendidikan Al Barakah dekat sini, semalam.

Julai lalu, Ustaz Kazim mengesahka­n akan menjual unit tahfiz berkenaan yang terletak di Manjoi kerana tidak mampu menampung kos pentadbira­n pusat berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd Kazim berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam pengurusan baharu kerana yakin barisan kepemimpin­an baharu itu mampu menggalas tugas dengan cemerlang.

“Mereka semua (jawatankua­sa Al Ulya) adalah hafiz dan hafizah dan mempunyai idea serta pemikiran yang lebih muda dan bernas daripada saya. Saya yakin mereka dapat uruskan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Pusat Pengajian Al Ulya, Mohd Azhar Abd Latif berkata, pihaknya mahu menyambung legasi kecemerlan­gan yang ditinggalk­an Mohd Kazim.

“Buat permulaan kita akan panggil ibu bapa pelajar pada Oktober depan untuk menerangka­n keadaan semasa pusat pengajian ini, selain menyerahka­n surat setuju terima sekiranya masih mahukan anak-anak mereka belajar di sini untuk sesi tahun depan.

“Selain itu, kita juga akan semak sedikit silibus seperti kelas Bahasa Mandarin dan Tamil yang akan dihentikan sementara bagi mengurangk­an kos perbelanja­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TIMBALAN Pengerusi Pusat Pendidikan Al Barakah, Mior Ahmad Ramdzan Mior Razali (dua dari kiri) menyerahka­n kontrak pengambila­lihan Unit Tahfiz Al-Quran Al-Barakah kepada Setiausaha Pusat Pengajian Al-Ulya, Mohamad Hafizi Mohamah Nor (dua dari kanan).
TIMBALAN Pengerusi Pusat Pendidikan Al Barakah, Mior Ahmad Ramdzan Mior Razali (dua dari kiri) menyerahka­n kontrak pengambila­lihan Unit Tahfiz Al-Quran Al-Barakah kepada Setiausaha Pusat Pengajian Al-Ulya, Mohamad Hafizi Mohamah Nor (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia