Harian Metro

Nahas pergi balik kerja, kemalangan industri meningkat

-

Bangi: Fakta membimbang­kan apabila kadar kemalangan dalam kalangan penduduk di negara ini meningkat kepada 69,980 kes pada 2017 daripada 66,618 kes tahun sebelumnya.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menerusi statistik dikeluarka­n Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), sebanyak 33,319 kes direkodkan tahun lalu membabitka­n kemalangan ketika perjalanan sama ada pergi atau pulang dari tempat kerja.

“Ia meningkat sebanyak 6.4 peratus daripada 31,314 kes kemalangan dicatat pada 2016,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan Kali ke-61 Peringkat NIOSH 2018 di Ibu Pejabat NIOSH di sini, semalam.

Seramai 200 kakitangan dan rakan industri NIOSH hadir dalam majlis berlangsun­g selama hampir tiga jam itu.

Beliau berkata, manakala kes kemalangan perusahaan pula meningkat sebanyak 3.84 peratus daripada 35,304 kes pada 2016 kepada 36,661 kes tahun lalu.

“Peningkata­n

ini

amat merisaukan berikutan dalam kita menyambut Hari Kemerdekaa­n negara ke 61 tahun, kita masih lagi dibelenggu kadar kemalangan yang saban tahun terus meningkat.

“Jelas, menerusi statistik itu, kita boleh simpulkan bahawa kita hanya merdeka atau bebas daripada belenggu penjajah, tapi masih belum merdeka dari aspek sikap terutama apabila berada di jalan raya,” katanya.

Lam Thye berkata, statistik itu diharap dapat menimbulka­n kesedaran dalam kalangan masyarakat selain diambil serius pihak majikan.

“Bagi saya, majikan perlu memandang serius peningkata­n kadar kemalangan itu kerana berdasarka­n statistik dikeluarka­n PERKESO, kebanyakan kes berlaku ketika perjalanan pulang atau pergi tempat kerja.

“Jadi, majikan perlu peka dan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran sama ada dengan kerjasama NIOSH atau badan bukan kerajaan (NGO) bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pekerja mereka sendiri,” katanya.

 ??  ?? LEE bersama warga NIOSH mengibarka­n Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan, semalam.
LEE bersama warga NIOSH mengibarka­n Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia