Harian Metro

Santai sambil tambah ilmu

- Amir Abd Hamid cnews@nstp.com.my

„ Pelayaran Islamik siri ke-31 dipenuhi program dakwah, kelas agama dipimpin Ustaz Hanafi

Belayar dengan berpeluang menikmati pemandanga­n damai di lautan sambil berdakwah, mengikuti kelas agama dan turut menyumbang kepada pembanguna­n pelajar tahfiz al-Quran.

Itu pakej ditawarkan dalam program Pelayaran Islamik yang akan bermula dari Pelabuhan Klang ke Phuket, Thailand dari 20 hingga 23 November depan.

Pengasasny­a, Suhaimi Abd Ghafer berkata, siri ke-31 ini akan dilaksanak­an dengan kerjasama penceramah terkenal yang sedang menderita kanser, Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi.

“Selepas diperkenal­kan sejak Ogos 2014, lebih 7,000 peserta sudah menyertai Pelayaran Islamik. Untuk siri ke-31 kali ini, kami tampilkan Ustaz Hanafi, pendakwah yang tidak putus asa untuk terus berdakwah walaupun menderita kanser limfoma sejak 31 Januari tahun lalu.

“Saya ada bertemunya dan mengetahui beliau juga membuka pusat tahfiz. Jadi, sebahagian daripada bayaran peserta kali ini kami peruntukka­n untuk membantu Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Al Habbah yang diusahakan­nya,” katanya, semalam.

Beliau yang juga Pengarah Urusan IntraTama Travel Consultant & Tours Sdn Bhd (IntraTama) berkata, pihaknya menyasarka­n seramai 200 hingga 300 peserta akan menyertai pelayaran yang menggunaka­n kapal persiaran SuperStar Gemini.

Menurutnya, peserta juga akan dibawa menziarahi masjid dan peninggala­n pelayar Islam zaman dulu yang terdapat di Phuket dengan harapan mengambil semangat pendakwah terdahulu menyebarka­n Islam di seluruh pelosok dunia.

Sementara itu, Ustaz Hanafi berkata, sepanjang pelayaran di atas kapal mewah itu, pelbagai aktiviti dilakukan termasuk qiamulail, kuliah selepas solat fardu berjemaah, forum perdana malah konsert hiburan yang menepati syarak.

“Saya turut bersyukur diberikan peluang menyertai program Pelayaran Islamik terkenal dengan slogannya iaitu Syukur, Tenang, Damai. Boleh dapat ilmu, belayar, berhibur, beriadah dan beribadah.

“Saya juga akan berkongsi pengalaman sebagai pesakit kanser menerusi slot Never Give Up, Allah kan ada.

“Ini juga saya anggap sebagai rezeki kepada anak tahfiz saya iaitu seramai 71 orang membabitka­n anak yatim dan fakir miskin berusia empat hingga 18 tahun termasuk seorang yang baru melanjutka­n pengajian ke Mesir,” katanya.

 ??  ?? SOLAT berjemaah dan forum perdana antara pengisian program Pelayaran Islamik siri ke-31.
SOLAT berjemaah dan forum perdana antara pengisian program Pelayaran Islamik siri ke-31.
 ??  ?? PENGHUNI Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Al Habbah.
PENGHUNI Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Al Habbah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia