Harian Metro

Sebab harga barang mahal

-

Tindakan segelintir peniaga mengambil kesempatan daripada proses pembayaran balik yang lambat dengan menaikkan harga dan memasukkan cukai enam peratus dalam jualan mereka antara sebab harga barang lebih tinggi di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromania­m berkata, gejala yang berlaku di bawah GST itu diyakini tidak akan berlaku di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Beliau berkata, perkara itu memandangk­an SST adalah sistem cukai bersifat satu peringkat yang membabitka­n jumlah perniagaan lebih kecil.

“Menerusi GST, kita tidak berupaya mengawal semua 472,000 peniaga. Apa yang berlaku adalah beberapa input cukai membawa kepada harga yang lebih tinggi.

“Dengan SST, hanya 80,000 perniagaan dijangka terbabit. Selebihnya daripada cukai bersih, jadi kos pematuhan lebih rendah. Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangk­an kos,” katanya pada Taklimat SST Kepada Media di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Roslan berkata, Ops Catut 5.0 akan digerakkan Bahagian Penguatkua­saan KPDNHEP bermula 1 September ini bagi memerangi gejala pencatutan harga oleh peniaga selepas pengenalan semula SST.

Beliau berkata, operasi itu membabitka­n 73 cawangan di seluruh negara dengan 2,300 pegawai penguat kuasa selain 1,044 pegawai pemantau harga.

“Kira-kira 800,000 sukarelawa­n di bawah skuad pengguna serta pihak penghulu dan penggawa juga akan digerak dalam usaha menjayakan objektif operasi ini,” katanya.

Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menetapkan tiga hari bagi menjalanka­n prosiding siasatan berhubung ‘kehilangan’ dana bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, jawatankua­sa itu menetapkan 12, 13 dan 20 September ini untuk merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan kes itu.

Setakat ini, katanya, enam individu disenarai bagi memberi keterangan termasuk Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Ronald berkata, individu lain yang bakal dipanggil memberi keterangan ialah dari Kementeria­n Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, menteri lama dan baru.

“Kita baru mula taklitungg­ak,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia