Harian Metro

Siasatan tiga hari

- Teh Athira Yusof dan Luqman Arif Abdul Karim cnews@nstp.com.my

„ PAC panggil enam saksi beri keterangan dalam prosiding

mat, saya tidak boleh dedahkan perincian kerana tertakluk kepada peraturan mesyuarat namun secara umum sesi ini bagi membantu perjalanan prosiding PAC.

“Ini hanya pengenalan kepada isu dan perkara yang kelak dijadikan bahan siasatan ahli PAC apabila prosiding dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, semalam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentang­kan Rang Undang-undang GST (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada 8 Ogos lalu mendedahka­n pembayaran tuntutan kredit cukai input berkenaan ter- membabitka­n nilai RM19.4 bilion sejak pelaksanaa­nnya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.

Katanya, rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahka­n RM9.2 billion atau 47 peratus daripada nilai keseluruha­n tunggakan itu ialah pada tahun ini, RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017, RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.

“Baki sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik hanyalah sekitar RM1.49 bilion saja. Ini menandakan ada kekurangan RM18 bilion,” katanya.

Guan Eng pada 18 Ogos lalu menerusi kenyataan pula mendesak bekas perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab tiga soalan penting berhubung kekurangan RM19.25 bilion dalam akaun amanah GST atau Tabung Bayaran Balik GST.

Guan Eng dilaporkan berkata, kekurangan itu mengakibat­kan 121,429 syarikat dan individu tidak menerima bayaran balik GST sejak 2015 yang dianggarka­n berjumlah RM19.4 bilion sehingga 31 Mei 2018.

“Pertama, adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan undang-undang.

“Kedua, adakah Najib meluluskan keputusan (Ketua Setiausaha Perbendaha­raan ketika itu) Tan Sri Mohd Irwan Serigar untuk tidak memindahka­n keseluruha­n RM82.9 bilion diminta kastam, tetapi hanya memindahka­n RM63.5 bilion sejak 2015?

“Ketiga, adakah Najib memberi kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalik­an sejak 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata, tiga soalan ini perlu dijawab kerana Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromania­m, menjelaska­n Jabatan Kastam sudah menuntut wang berkenaan daripada Jawatankua­sa Tabung Bayaran Balik GST yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan ketika itu.

 ??  ?? RONALD
RONALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia