Harian Metro

Kadar RM1.5 juta ikut maklum balas

-

Kerajaan bersetuju menaikkan nilai ambang bagi semua kedai makan dan restoran termasuk restoran nasi kandar serta kedai kopi untuk dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta setahun.

Menteri Kewangan,

Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas pengusaha restoran terutama di Lembah Klang yang menanggung kos perniagaan tinggi.

Bagaimanap­un, katanya, peningkata­n nilai ambang itu adalah terakhir diberikan kementeria­n.

“Selepas terima permohonan banyak pihak termasuk pengusaha restoran nasi kandar supaya menaikkan nilai ambang dikenakan sebelum ini sebanyak RM500,000.

“Kami berhasrat naikkan kepada RM1 juta, tetapi mereka (pengusaha) tolak dan minta naikkan sehingga RM3 juta, tetapi kerajaan buat keputusan supaya nilai ambang ditetapkan pada kadar RM1.5 juta,” katanya ketika berucap pada Taklimat SST Kepada Media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Guan

Eng berkata, peningkata­n kadar ambang itu dilaksanak­an bagi memastikan tidak berlaku sebarang kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan.

“Saya harap rakyat dapat jadi mata dan telinga kepada kerajaan jika mendapati berlaku peningkata­n harga makanan di restoran ini.

“Kalau ada masalah boleh lapor kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk diambil tindakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia