Harian Metro

Langkah elak belanjawan kerajaan defisit

-

Putrajaya: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) perlu dilaksanak­an pada 1 September ini bagi mengelakka­n kerajaan beroperasi dalam keadaan defisit.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tanpa pelaksanaa­n sistem cukai berkenaan, kerajaan akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion pada tahun ini.

“Kenapa kita nampak tergesa-gesa melaksanak­an SST adalah kerana kita tidak mempunyai pilihan, sekiranya kita masih bertangguh dan tidak melaksanak­annya, kita (kerajaan) akan beroperasi dalam keadaan defisit kerana kekurangan RM4 bilion.

“Sekiranya negara beroperasi dalam defisit, keadaannya adalah amat teruk, ia bermakna kita tidak mempunyai hasil yang cukup untuk membayar gaji dan penyelengg­araan, kita tidak boleh terjejas kerana beroperasi dalam defisit,” katanya dalam Taklimat SST Kepada Media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, beliau menjangkak­an kadar inflasi negara dengan pelaksanaa­n SST pada tahun ini adalah pada sekitar dua peratus berbanding 3.7 peratus tahun lalu semasa pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Kita tidak menyatakan kenaikan harga (menerusi pelaksanaa­n SST) tidak akan berlaku, tetapi impaknya tidak sebesar seperti pelaksanaa­n GST dan keadaan juga adalah lebih terkawal,” katanya.

Beliau berkata, cukai satu peringkat di bawah SST adalah lebih mudah diuruskan berbanding cukai pelbagai peringkat GST dan perkara berkenaan dapat dilihat menerusi jumlah syarikat yang dijangka berdaftar di bawah SST adalah kira-kira 80,000 syarikat berbanding 472,000 syarikat di bawah GST.

“Menerusi GST, 11,000 barangan dikenakan cukai enam peratus tetapi dalam SST, hanya 5,612 barangan saja dikenakan cukai 10 peratus dan 793 barangan dikenakan cukai lima peratus, ini separuh daripada barangan disenaraik­an dulu.

“Kalau kita melihat lebih lanjut, 5,443 barangan dikecualik­an cukai di bawah SST berbanding hanya 544 barangan di bawah GST,” katanya yang memberitah­u SST hanya merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) ber- banding 60 peratus mengikut GST.

Guan Eng berkata, berdasarka­n ketetapan yang dibuat, cukai jualan dibahagika­n kepada tiga kumpulan iaitu barang dikecualik­an cukai, barangan dikenakan cukai lima peratus dan barangan dikenakan cukai 10 peratus manakala cukai perkhidmat­an pada kadar enam peratus.

 ??  ?? GUAN Eng
GUAN Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia