Harian Metro

4 HARI SAMBUNG TANGAN

- Mahaizura Abd Malek mahaizura@hmetro.com.my

„ Lelaki kehilangan anggota dalam nahas jalan raya terima anggota palsu kawalan suara

Shah Alam

Ketika meminta doktor melakukan pembedahan memotong tangan kanannya yang hancur akibat kemalangan tahun lalu, tiada sebarang kekesalan timbul di fikiran Mukhtar Mahmud, 62.

Pesara guru terbabit tahu keputusann­ya akan menyebabka­n dia kehilangan tangan kanannya buat selama-lamanya, namun dia pasrah memujuk hatinya bahawa itu hanyalah pinjaman Allah semata-mata.

Menurut Mukhtar, tahun lalu dia kemalangan jalan raya di Rawang, Selangor apabila pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terbalik mengakibat­kan tangan kanannya cedera parah.

“Doktor berusaha selama empat hari untuk menyambung semula tangan yang hancur, bagaimanap­un saya sendiri rela tangan dipotong kerana tidak sanggup lagi menahan derita kerana tangan semakin membusuk.

“Saya tidak menyesal kerana sudah 61 tahun saya gunakan tangan itu, jadi saya reda dan pasrah apabila Allah ambil semula pinjaman-Nya.

“Memang kekok tanpa tangan tetapi saya anggap ini cuma ujian kecil, ada orang lain lebih teruk lagi daripada saya,” katanya selepas menerima tangan palsu cetakan tiga dimensi (3D) elektronik kawalan suara di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, semalam.

Ciptaan itu dibangunka­n MyVista Sdn Bhd dengan usahasama Fakulti Kejurutera­an Elektrik UiTM.

Turut hadir pereka yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MyVista Sdn Bhd Sujana Mohd Rejab serta Pengerusi Process Instrument­ation and Control (PICon) Research Interest Group UiTM Prof Madya Dr Ramli Adnan.

Mukhtar yang menetap di Jelebu, Negeri Sembilan berkata, dia berterima kasih kepada pihak penyumbang yang membiayai kos pembelian tangan palsu berkenaan dan berharap urusan hariannya lebih mudah dengan penggunaan teknologi itu.

Sementara itu,

Pensyarah Kanan

PICon UiTM

Prof Madya Dr

Mohd Hezri

Fazalul

Rahiman berkata, tangan berkenaan diprogram menggunaka­n mikropempr­oses arduino untuk mengaktifk­an kawalan suara.

“Teknologi yang dibangunka­n sejak

Disember lalu adalah penambahba­ikan terhadap teknik kawalan sedia ada.

“Inovasi ini memberi kelebihan kepada pemakai supaya dapat menggunaka­n tangan dalam pelbagai keadaan suara termasuk ketika tidak sihat dan kecemasan.

“Bukan sasaran kita untuk pemasaran tetapi lebih kepada membantu pereka cipta tempatan daripada segi penyelidik­an dan pembanguna­n untuk dimanfaatk­an komuniti,” katanya.

 ?? Mukhtar ?? Saya tidak menyesal kerana sudah 61 tahun saya gunakan tangan itu, jadi saya reda dan pasrah apabila Allah ambil semula pinjaman-Nya” MUKHTAR bersama isterinya, Kamaliah Amir menunjukka­n tangan palsu 3D yang menggunaka­n kawalan suara ketika majlis penyerahan di Fakulti Kejurutera­an Elektrik, UITM, Shah Alam.
Mukhtar Saya tidak menyesal kerana sudah 61 tahun saya gunakan tangan itu, jadi saya reda dan pasrah apabila Allah ambil semula pinjaman-Nya” MUKHTAR bersama isterinya, Kamaliah Amir menunjukka­n tangan palsu 3D yang menggunaka­n kawalan suara ketika majlis penyerahan di Fakulti Kejurutera­an Elektrik, UITM, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia